Page 9 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SKKKB 2021
P. 9

8.  Beliau menyatakan pada hari ini juga akan dilaksanakan pemberian bantuan persekolahan
                    selepas Mesyuarat Agung PIBG selesai dan guru besar mohon semua ibu bapa tunggu
                    sehingga majlis selesai.
                9.  Beliau mengucapkan tahniah kepada 179 buah keluarga yang telah membuat sumbangan
                    PIBG  bagi  tahun  2019,  namun  malangnya  seramai  44  buah  keluarga  tidak  membuat
                    bayaran. Ini merupakan satu jumlah yang besar.
                10.  Beliau  juga  memaklumkan,  program  keceriaan  kelas  yang  telah  diluluskan  dalam
                    mesyuarat lepas iaitu sebanyak RM15 setahun bagi setiap murid. Seramai 85 murid tidak
                    membayar.
                11.  Beliau juga memaklumkan berkaitan bantuan kertas A4, 125 orang tidak melunaskan.
                12.  Beliau berharap tahun ini ibu bapa dapat membantu pihak sekolah agar anak-anak dapat
                    belajar dengan lebih selesa.
                13.  Di akhir ucapan beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
                    jawatankuasa PIBG kerana bertungkus lumus membantu pihak sekolah sepanjang tahun
                    2019.
                14.  Beliau juga mendoakan semoga usaha dan sumbangan ibu bapa di rahmati Allah. Semoga
                    Allah memberkati kerjasama yang terjalin antara sekolah dan PIBG demi membina insan
                    yang berilmu.


               UCAPAN DARIPADA YDP PIBG – EN SYAIFUL HAZRILL BIN HALIM
                1.  En. Syaiful Hazrill memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Allah S.W.T di atas
                    limpah kurniaNya mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 dapat diadakan.
                2.  Beliau  turut  mengalu-alukan  kehadiran  Encik  Siri  Vickneshwaran  A/L  Narayani,  iaitu
                    Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor serta kepada semua ibu bapa dan mengucapkan terima
                    kasih kerana sudi melapangkan masa untuk hadir ke mesyuarat kali ini.
                3.  Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru-guru SKKKB yang dipimpin oleh
                    Puan Hariani  kerana telah mendidik  murid  untuk  Berjaya sehingga mengikut standard
                    yang teah ditetapkan sehingga telah diiktiraf antara sekolah yang cemerlang di Daerah
                    Hulu Selangor di dalam peperiksaan UPSR 2019.
                4.  Beliau mewakili ahli jawatankuasa PIBG mengucapkan terima kasih kepada puan guru
                    besar dan SKKKB serta ahli jawatankuasa PIBG kerana sentiasa memberi kerjasama yang
                    baik dalam apajua program yang dianjurkan samada oleh PIBG mahupun pihak sekolah.
                5.  Beliau berharap kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan Encik Siri Vickneshwaran
                    dapat  dijalinkan  dari  semasa  ke  semasa  dalam  merealisasikan  wawasan  dan  matlamat
                    pendidikan nasional.  Beliau berharap apajua bentuk  bantuan atau sumbangan daripada
                    pihak Encik Siri Vickneshwaran amat dihargai.
                6.  Beliau  memaklumkan  kepada  Encik  Siri  Vickneshwaran  bahawa  pihak  sekolah  telah
                    berulang kali membuat permohonan bonggol di hadapan sekolah dan status terkini pihak
                    JKR dan Majlis Daerah tidak meluluskan permohonan pada tahun 2019. Beliau berharap
                    Encik Siri Vickneshwaran dapat pertimbangkan dan membantu agar permohonan ini dapat
                    direalisasikan pada tahun 2020.
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14