Page 8 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SKKKB 2021
P. 8
MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-43
UCAPAN GURU BESAR – PN HARIANI BINTI MOHD HAMDAN
1. Pn Hariani mengalu-alukan kedatangan Encik Siri Vickneshwaran A/L Narayani, iaitu
Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 43.
2. Beliau juga mengucapkan salam kepada semua hadirin serta merakamkan ucapan terima
kasih atas kehadiran ibu bapa serta penjaga kerana sudi meluangkan masa ke mesyuarat
kali ini.
3. Pihak sekolah dan PIBG memohon maaf kerana mesyuarat tidak dapat dijalankan pada
hari Sabtu. Berdasarkan perancangan di dalam takwim sekolah, mesyuarat agung
dirancang pada 15 Februari tetapi pihak sekolah menerima surat arahan di mana setiap
sekolah tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti pada minggu pertama dan ketiga. Pada
22 Februari pula, guru besar terlibat dengan peperiksaan CEFR. Mesyuarat agung perlu
dilaksanakan sebelum bulan 3, maka sekolah terpaksa membuat ketetapan pada 20
Februari iaitu hari Khamis petang untuk menjalankan Mesyuarat Agung PIBG. Surat
panggilan mesyuarat yang diedar telah disertakan sekali dengan Surat Pekeliling Iktisas
iaitu surat pelepasan majikan di mana pekerja diberi kebenaran untuk hadir ke mesyuarat
PIBG sekolah.
4. Kehadiran ibu bapa tidak perlu ditulis pada hari ini, ibu bapa hanya perlu mengimbas QR
Code di meja pendaftaran. Buku program juga perlu diimbas pada QR Code yang diberi
oleh jawatankuasa pendaftaran di mana ianya disertakan sekali nombor cabutan bertuah.
Beliau mengharapkan ibu bapa dan penjaga dapat menunggu sehingga akhir mesyuarat
kerana terdapat 50 hamper cabutan bertuah yang disediakan.
5. Beliau memaklumkan kepada hadirin, sepanjang tahun 2019, banyak aktiviti yang
dijalankan diperingkat sekolah, pencapaian UPSR sekolah mencapai 91% iaitu merupakan
rekod sekolah dan merupakan pencapaian yang sangat cemerlang untuk SKKKB. Beliau
amat berharap dan sama-sama berdoa semoga rekod ini dikekalkan pada tahun ini.
Pencapaian ini tidak akan tercapai tanpa sokongan daripada ibu bapa dan amat
mengharapkan sokongan dan penglibatan ibu bapa dan penjaga diteruskan demi
kecemerlangan anak-anak di masa hadapan bukan di dalam akademik sahaja malahan di
dalam bidang kokurikulum. Ini kerana sekolah tidak boleh berdiri sendiri tanpa bantuan
ibu bapa dan penjaga disamping guru–guru juga berperanan sebagai tulang belakang.
6. Beliau mengalu-alukan ibu bapa yang berbakat untuk sama-sama melatih murid bersama
guru-guru untuk meningkatkan pencapaian murid dalam kokurikulum.
7. Beliau memaklumkan bahawa pada tahun 2020, sekolah SKKKB diangkat untuk Program
TS25 Kohort 5. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada sekolah di mana sekolah akan
membuat banyak aktiviti dan ini memerlukan banyak dana yang sangat besar. Guru-guru
akan melalui 8 modul yang merangkumi akademik, kemenjadian, prasarana sekolah
termasuk sarana ibu bapa. Untuk menjadi TS25, sekolah memerlukan kerja kuat bukan
sahaja daripada guru-guru malahan juga penglibatan ibu bapa, wakil rakyat dan Ahli
Majlis untuk sama-sama membantu kecemerlangan sekolah.

