Page 25 - PORTFOLIO PENUH Khairul
P. 25

PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN


                           PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
                                                                                                    K
              Bil.                        Perkara/Aktiviti
              1.     Waktu  hadir bekerja/ke sekolah

                       1.1  WAJIB datang awal,selewat-lewatnya 10 minit sebelum loceng pertama.
                       1.2  Kalau terlewat, perlu terus berjumpa Guru Besar/Penolong Kanan Pentadbiran untuk
                            memaklumkan sebab.
                       1.3  Guru/staf akan diberi NotaTeguran I dan Teguran II, sebelum tindakan selanjutnya
                            sekiranya kehadiran sentiasa lewat.
                       1.4  Daftar kehadiran dengan segera sebaik tiba di sekolah(punch kad),lakukan sendiri.



              2.     Waktu pulang dari Sekolah

                       2.1  Digalakkan balik selepas 15 minit loceng terakhir berbunyi.
                       2.2  Biar murid pulang dahulu untuk elakkan kesesakan.
                       2.3  Guru/staf perlu tunjukkan teladan yang baik.
                       2.4  Masa yang ada boleh digunakan untukmelakukan kerja-kerja menyemak latihan murid,
                            membaca, menyediakan rekod mengajar, BBM atau mengemas meja supaya  teratur.
                       2.5  Pastikan ‘punch kad’ sebelum pulang, lakukan sendiri.


              3.     Kewajipan guru bertugas mingguan

                       3.1  Berada di sekolah 10 minit lebih awal sebelum loceng pertama.
                       3.2  Berada ditempat-tempat berikut semasa pagi, waktu rehat dan selepas loceng akhir
                            berbunyi.
                            a. Pintu pagar sekolah
                            b. Tapak perhimpunan
                            c.  Kantin
                       3.3  Menguruskan perhimpunan dengan bantuan pengawas.
                       3.4  Merekodkan perjalanan perhimpunan danperkara yang disampaikan semasa
                            perhimpunan.
                       3.5  Mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat perkara atau peristiwa yang memerlukan
                            tindakan segera.
                       3.6  Memastikan keadaan sekolah terkawal.
                       3.7  Menyampaikan pengumuman(sekiranya ada).
                       3.8  Pulang15 minit lewat selepas murid bersurai.



              4.     Tidak Hadir Bertugas

                       4.1  WAJIB maklumkan kepada Guru Besar/Penolong Kanan Pentadbiran pada awal
                            pagi untuk tujuan pentadbiran.
                       4.2  Serahkan sijil cuti sakit (MC) kepada Guru Besar keesokannya untuk dicatatkan
                            dalam rekod.
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30