Page 26 - PORTFOLIO PENUH Khairul
P. 26
PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN
5 Cuti Rehat Khas
K
5.1 Guru diperuntukkan tujuh (7) hari cuti rehat.
5.2 Layak dipohon dan kelulusan atas budi bicara Guru Besar.
5.3 Mesti dipohon daripada Guru Besardenganberjumpa secara peribadi BUKAN isi borang
dan tinggalkan kepada Pembantu Tadbir.
5.4 Isi borang setelah mendapat kebenaran.
5.5 Isi permohonan melalui HRMIS cuti (online) selepas mendapat kelulusan.
5.5 Pertimbangan meluluskan permohonan dengan syarat tidak menjejaskan tugas dan
perjalanan sekolah.
5.6 Permohonan hendaklah dibuat lebih awal sekurang-kurangnya tiga(3) hari sebelum
kecuali kes-kes kecemasan seperti kemalangan, kematian atau musibah yang tidak
dijangka (perlu dimaklumkan melalui telefon (perkara/bil 4 adalah berkaitan)).
5.7 Seandainya permohonan banyak pada sesuatu masa pertimbangan akan dibuat
mengikut kewajaran.
5.8 Cuti bukan alasan untuk melepaskan tanggungjawab. Guru Besarberhak membatalkan cuti
yang telah diluluskan atau memanggil guru kembali bertugas sekiranya perlu.
6 Cuti Tanpa Rekod
6.1 Isi borang Cuti Tanpa Rekod dan sertakan dokumen sokongan
6.2 Serahkan kepada Pembantu Tadbir di pejabat borangyang telah lengkap.
6.3 Maklum kepada PK Pendabiran untuk rilif.
7 Cuti Bersalin
7.1 Dibenarkan untuk lima kali kelahiran.
7.2 Kelahiran ke 6 dan seterusnya adalah cuti tanpa gaji.
7.3 Jumlah cuti adalah antara enam puluh (60) hingga sembilan puluh(90) hari bagi setiap
kelahiran dan tidak melebihi tiga ratus hari (300) bagi lima kali kelahiran berdasarkan
surat PKPABil14/2010.
7.4 Suami secara automatik mendapat cuti tujuh (7) hari dari tarikh kelahiran berterusan
tanpa mengira hari Sabtu, Ahad atau cuti umum. Perlu isi borang cuti tanpa rekod
dengan lampiran surat beranak.
7.5 Untuk tujuan mendapatkan guru ganti,suami atau waris diminta menyerahkan sijil, kunci,
buku resit, fail-failberkaitan dan semua yang berkaitan dengan tugas isteri di sekolah.
7.6 Pegawai yang ingin bercuti 3 bulan perlu mengisi borang permohonan.
8 Cuti Haji
8.1 Sekali dalam perkhidmatan.
8.2 Dapatkan pengesahan daripada Tabung Haji.
8.3 Isikan borang cuti haji, cuti dibenarkan empat puluh (40) hari.
8.4 Hantar awal untuk dipanjangkan ke JPN bagi mendapatkan kelulusan, sertakan
bersama borang kebenaran keluar negeri.
9 Gaji
9.1 Persediaan gaji dibuat dua(2) bulan lebih awal.
9.2 Potongan yang diuruskan melibatkan hal seperti cukai pendapatan, pinjaman
perumahan,KWSP dan Tabung Haji.
9.3 Potongan pinjaman bank/koperasi atau lain-lain melalui ANGKASA dibuat
terus
ke Akauntan Negara jika ada masalah hubungi terus pihak berkenaan.
9.4 Bagi guru yang baru bertukar masuk, gaji akan diproses apabila sekolah menerima
Sijil Gaji Akhir (LPC) daripada sekolah asal. Kew 8 diluluskan . Selagi belum lulus, gaji diurus oleh
sekolah asal.
9.5 Sebarang masalah bincangkan dengan pihak sekolah dahulu sebelum ke pihak lain.

