Page 27 - PORTFOLIO PENUH Khairul
P. 27
PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN
10 Urusan dengan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia K
10.1 Dapatkan kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan Pentadbiran.
10.2 Sentiasa berpakaian kemas,sopan dan jaga imej guru dan sekolah.
10.3 Sebaiknya semua masalah dibincangkan di peringkat sekolah terlebih dahulu.
11 Pengisytiharan Harta
11.1 Semua penjawat awam perlu membuat pengisytiharan harta setiap lima tahun.
11.2 Dapatkan borang, isi dengan lengkap, serahkan ke pejabat sekolah.
11.3 Tambahan harta juga perlu dilapor, gunakan borang tambahan laporan.
11.4 Urus pada awal tahun .
11.5 Kegagalan isytihar harta boleh menganggu/menjejaskan urusan perkhidmatan
12 Pinjaman Perumahan /Komputer
12.1 Urusan dibuat di sekolah,dapatkan borang urus dengan Ketua Pembantu Tadbir .
12.2 Sediakan dokumen yang relevan dan perlu hantar permohonan melalui sekolah.
13 Keluar Dari Kawasan Sekolah
13.1 Guru/staf TIDAK BOLEH keluar/ meninggalkan kawasan sekolah untuk urusan peribadi
contohnya ke Bank,sekolah anak atau sebagainya.
13.2 Kebenaran perlu diperoleh idan dibenarkan untuk kes-kes kecemasan seperti menziarah
jenazah keluarga terdekat dan menghadiri mesyuarat/kursus atau sepertinya.
13.3 Kebenaran hanya oleh Guru Besar/Penolong Kanan.
13.4 Rekodkan dalam buku yang disediakan.
13.5 TIDAK BOLEH KELUAR SESUKA HATI WALAUPUN HANYA SEKETIKA untuk apa-
apa urusan sekalipunTANPA KEBENARAN.
14 Guru Ganti(Relief)
14.1 Tanggungjawab bersama dan terimalah dengan RELA HATI dan penuhi dengan penuh rasa
setia kawan dengan slogan “TOGETHER WE ACHIEVE EXCELLENCE”.
14.2 MESTI MASUK KE KELAS dan adakan aktiviti, bukan sekadar kawal sahaja.
14.3 Catat dalam buku rekod mengajar.
15 Waktu Tidak Mengajar (Free Period)
15.1 Bukan ’free’ mutlak.
15.2 Gunakan untuk membuat perancangan, meyemak kerja murid, sediakan BBM, buat rujukan
di PSS, menulis persediaan mengajar.
15.3 Berbincang secara profesional dengan rakan sejawat tentang masalah murid, P&P,
peningkatan akademik atau aktiviti panitia, unit uniform, kelab atau persatuan.
15.4 MAKAN sekadar menghilangkan lapar dan tidak memudaratkan kesihatan.
15.5 Jangan membudayakan “Budaya Kedai Kopi”.
16 Menghadiri Mesyuarat, Kursus, Seminar, Bengkel
16.1 Wajib HADIR sama ada untuksendiri atau mewakiliGuru Besar/ Penolong Kanan
16.2 Tumpukan sepenuh perhatian untuk tujuan laporankepada Guru Besar/ Penolong
Kanan/ Ketua Panitia
16.3 Sediakan minit CURAI untuk tujuan di atas.
16.4 Adakan ‘in-house training’ kepada guru-guru yang lain mengikut keperluan.
16.5 Bawa bersama dokumen seperti:- fail pengurusan & perancangan, pekeliling semasa
menghadirinya.
16.6 Jika timbul masalah berbincang dengan Guru Besar.

