Page 63 - PORTFOLIO PENUH Khairul
P. 63

PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN



                                                                                                    K
                 1.0. PENDAHULUAN


                          Pertandingan ini adalah satu aktiviti sukan yang telah dirancang oleh Kelab
                          Sukan Bola Sepak SeBaTi dan Kelab ICT untuk menggalakkan amalan gaya

                          hidup sihat selain dapat meningkatkan kemahiran  berfikir murid.
                          Berlandaskan  tema  ‘Bersukan  Walau  Di  Mana  Jua’,

                          sukan dianjurkan atas dasar untuk menarik minat murid untuk bersukan

                          dengan  dimulakan  kemahiran  bersukan    di  maya  dan  untuk  menjaga

                          penjarakan  fizikal  kerana  kita  masih  lagi  di  dalam  Perintah  Kawalan
                          Pergerakan  Pemulihan.  Program  yang  dilaksanakan  ini  juga  memenuhi

                          kehendak Falsafah Pendidikan negara yang ingin mewujudkan modal insan
                          yang  seimbang  dari  segi  intelek,  rohani,  jasmani  dan  emosi  melalui

                          penglibatan murid di dalam aktiviti riadah.


                 2.0 RASIONAL

                          Kecerdasan  dan  kesihatan  memainkan  peranan  yang  penting  dalam

                          memastikan  murid  yang  benar-benar  proaktif  dalam  kehidupan.  Sebagai
                          satu  alternatif  ke  arah  melahirkan  insan  yang  mantap  dari  segi  rohani,
                          jasmani, emosi dan sosial, sukan mampu menjana jiwa murid yang matang

                          dan sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan selain memupuk murid

                          untuk meningkatkan kemahiran sosial melalui aktiviti bersukan disamping
                          mengadapi cabaran COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.


                 3.0 OBJEKTIF

                          1.1. Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar dalam permainan

                                   “E-sport game”.

                          1.2. Memupuk kerjasama dan keyakinan diri yang tinggi dalam

                          permainan.  1.3.         Membina kerjasama dan hubungan erat
                          dalam kalangan murid.
                          1.4.     Melahirkan murid yang seimbang dari segi rohani, jasmani,

                                   emosi, sosial dan intelek.

                          1.5.     Memupuk nilai-nilai murni selaras dengan kehendak Falsafah
                                   Pendidikan Kebangsaan.
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68