Page 80 - PORTFOLIO PENUH Khairul
P. 80
PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN
K
E01. PENULISAN JURNAL MINGGUAN
Bilangan Jurnal : 1
Minggu Praktikum : 1
Tarikh Peristiwa/Kejadian : 26 hingga 30 April 2021
Tajuk Jurnal : Minggu pertama di SK Bandar Baru Salak Tinggi
1. Isu Yang Difokuskan:
Bagi praktikum ini, saya bersama telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Salak
Tinggi. Saya melaporkan diri kepada Guru Besar SK Bandar Baru Salak Tinggi iaitu Encik Faizam
bin Abd Wahab dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Seterusnya, beliau juga
telah memberikan taklimat dan gambaran awal kepada kami semua mengenai budaya dan
peraturan sekolah yang perlu dipatuhi oleh semua guru termasuklah guru pelatih. Pada akhir sesi
taklimat iaitu sesi penyerahan jadual waktu. Saya telah diberikan jadual waktu praktikum
sebanyak 12 waktu yang terdiri dari kelas tahun lima dan tahun satu.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):
Setelah selesai taklimat bersama Guru Besar, kami telah diberikan guru pembimbing masing-
masing bagi bidang teras oleh Guru Besar Sendiri. Kemudian, kami dibawa ke bilik guru untuk
berjumpa dan memperkenalkan diri kepada beberapa guru dan staf. Mereka menerima baik
kehadiran kami di sekolah.
Seterusnya, kami juga telah diberi keizinan untuk melihat seluruh kawasan sekolah.
Kawasan sekolah ini boleh dikatakan sederhana luas dan mempunyai beberapa blok yang
menempatkan bilik darjah, dataran, kantin, padang, pusat sumber, pejabat, bilik SPBT, bilik
Pendidikan Khas dan sebagainya.
Pada hari yang sama, kami juga telah diberikan jadual waktu pengajaran yang akan kami
ajar selama 10 minggu ini. Berdasarkan jadual tersebut, saya ditugaskan untuk mengajar kelas
tahun 5 Cemerlang dan 1 Pintar bagi subjek Pendidikan Islam manakala kelas 1 Cemerlang untuk
Al-Quran. Seterusnya, saya telah berjumpa dengan guru pembimbing saya iaitu Puan Rahayu
binti Ghani. Saya mula berkenalan antara satu sama lain dan berkesempatan melakukan

