Page 83 - PORTFOLIO PENUH Khairul
P. 83

PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN



                                                                                                    K
               Bilangan Jurnal              :      2

               Minggu Praktikum             :      2


               Tarikh Peristiwa/Kejadian  :        3 sehingga 7 Mei 2021

               Tajuk Jurnal                 :      Kaedah  Nyanyian  Membantu  Murid  Mengingat  Isi

               Pelajaran



               1. Isu Yang Difokuskan:


               Saya telah menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam
               dalam  bidang  ulum  bagi  tajuk  Air  Dalam  Kehidupan  selama  2  minggu  di  kelas  1  Pintar.
               Berdasarkan  pemerhatian  saya  terhadap  perkembangan  kognitif  murid  bagi  tajuk  ini,  murid

               semakin menguasai dan mampu mengingat jenis-jenis air mutlak dan bahagian air. Hal ini berlaku
               kerana pendekatan nyanyian atau lagu yang digunakan berkesan dan sangat sesuai dengan

               tahap kecerdasan murid-murid kelas yang agak terkebelakang.



               2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):


               Antara faktor murid dapat mengingat isi pelajaran tersebut ialah saya telah menggunakan kaedah
               nyanyian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Lirik dan nada lagu yang mudah dan jelas
               dapat bantu memudahkan murid untuk memahami isi kandungan lagu. Natijahnya, murid dapat

               mengingat  isi  pelajaran  dan  dapat  menjawab  latihan  tugasan  yang  diberikan  serta  mampu
               melibatkan diri dalam aktiviti soal jawab yang dijalankan dengan baik.




               3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):

               Elemen nyanyian yang menggunakan latihan muzik mampu untuk meningkatkan daya ingatan

               pelajar  memandangkan  individu  yang  dilatih  untuk  menyanyi  perlu  menghafal  lirik  sebelum
               memulakan  latihan  nyanyian.  Menurut  Kraus  (2014),  latihan  muzik  boleh  meningkatkan
               keupayaan daya berfikir untuk memproses bunyi. Pelajar yang belajar muzik lebih bersedia untuk

               memahami bunyi dalam latar belakang yang bising. Selain itu, kaedah nyanyian mendengar-dan-
               ulang  boleh  menyokong  pembelajaran  pelajar  terutamannya  menyanyi  dalam  bahasa  asing

               dimana ianya ketara boleh meningkatkan pembelajaran pelajar (Karen, Ferreira & Overy, 2013)

               4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88