Page 101 - PORTFOLIO PENUH Khairul Latest
P. 101

PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN



                                                                                                    K
               Bilangan Jurnal              :      8

               Minggu Praktikum             :      8


               Tarikh Peristiwa/Kejadian  :        30 Julai 2021

               Tajuk Jurnal                 :      Teruskan dan jangan berhenti






               1. Isu Yang Difokuskan:


               Pada hari Rabu, 30 Jun 2021, saya melaksanakan kelas secara maya melalui platform Google
               Meet. Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru pembimbing saya
               ada  mencadangkan  untuk  mengadakan  aktiviti  berkumpulan  ketika  menjalankan  PdP  nanti.

               Ketika beliau memberikan cadangan tersebut, saya terus berfikir, apakah aplikasi yang sesuai
               digunakan,  apakah  platform  yang  boleh  digunakan  untuk  menjalankan  aktiviti  secara
               berkumpulan. Ini kerana sepanjang pelaksanaan pembelajaran atas talian, aktiviti berkumpulan

               seperti yang dijalankan di dalam kelas adalah amat sukar dilaksanakan kerana keberadaan murid
               yang berada di tempat masing-masing. Oleh itu, untuk melaksanakan aktiviti berkumpulan seperti

               berbincang dan sebagainya adalah sesuatu yang agak sukar dilaksanakan.



               2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):


               Faktor  utama  aktiviti  secara  berkumpulan  sukar  dijalankan  adalah  kerana  murid-murid  tidak
               berada di satu tempat yang sama. Hal ini telah menyebabkan sebarang aktiviti yang berbentuk
               kumpulan seperti mengadakan perbincangan dan memberikan pembentangan di kalangan murid

               tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Adapun jika melakukan aktiviti berkumpulan, murid
               hanya  mampu  melasksanakan  secara  lisan  seperti  membaca  beramai-ramai.  Jika  aktiviti

               membaca beramai-ramai dijalankan akan berlaku bunyi yang bising dan hingar bingar kerana
               murid membaca tidak mengikut tempo masa yang sama.

               3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):


               KPM  (2007)  mendefiniskan  guru  cemerlang  adalah  guru  yang  mempunyai  pengetahuan,
               kemahiran  dan  kepakaran  yang  tinggi  serta  sentiasa  berdedikasi  dan  bermotivasi  dalam

               melaksanakan tugas dan tanggungjawab khususnya dalam bidang yang melibatkan pengajaran
               dan pembelajaran.
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106