Page 99 - PORTFOLIO PENUH Khairul Latest
P. 99
PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN
K
dapat mengawal murid sesama PdP berlangsung, maka PdP yang dilaksanakan akan berjalan
lancar dan objektif pembelajaran dapat dicapai sepenuhnya.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti,
saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya adalah:
I. Memberikan taklimat awal peraturan pelaksanaan kelas secara atas talian
II. Berpesan kepada murid agar sentiasa menutup mikrofon kecuali diminta oleh guru untuk
menjawab soalan dan sebagainya.
III. Melakukan komunikasi secara dua hala bersama murid dengan meminta murid membuka
kamera. Walaupun mikrofon perlu ditutup, guru perlu mengingatkan murid bahawa guru
sentiasa memerhatikan tingkah laku mereka melalui kamera.
IV. Menggunakan slaid powerpoint sebagai bahan bantu mengajar untuk memudahkan murid
memahami isi pelajaran yang akan disampaikan di samping dapat membantu murid lebih
fokus semasa pdp.
V. Meminta jasabaik ibu, bapa atau penjaga untuk bersama-sama di samping anak-anak
ketika pengajaran dan pembelajaran dari rumah (pdpr) sedang berlangsung dan
membantu mereka sekiranya mereka kurang mahir dengan peranti.
5. Tempoh Masa Penyelesaian:
1 minggu
6. Tindakan Susulan:
Saya akan mengambil tindakan susulan iaitu dengan melaksanakan kelima-lima cadangan dan
idea penyelesaian masalah seperti yang dinyatakan di atas. Hal ini bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan mencapai objektif. Bukan tu sahaja,
murid-murid akan lebih selesa dan seronok mengikuti pembelajaran bersama guru.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan
28 Jun 2021

