Page 98 - PORTFOLIO PENUH Khairul Latest
P. 98

PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN



                                                                                                    K
               Bilangan Jurnal              :      7

               Minggu Praktikum             :      7


               Tarikh Peristiwa/Kejadian  :        21 Jun 2021

               Tajuk Jurnal                 :      Kawalan Murid di Google Meet






               1. Isu Yang Difokuskan:


               Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), saya telah melaksanakan
               kelas secara atas talian beberapa kali bersama murid selain memberi tugasan juga atas talian
               andai kelas secara segerak tidak dilaksanakan. Isu yang ingin difokuskan pada kali ini adalah

               kawalan murid semasa melaksanakan kelas atas talian iaitu menggunakan aplikasi Google Meet.



               2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):


               Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran (pdp) secara bersemuka di aplikasi Google
               Meet (GM), saya telah menghadapi sedikit kesukaran untuk mengawal murid bagi memastikan

               proses  pembelajaran  menjadi  lancar.  Masalah  ini  dihadapi  terutama  ketika  mengadakan  pdp
               secara bersemuka bersama tahun 1 Pintar. Ketika pdp sedang berlangsung terdapat murid yang
               tidak menutup mikrofon, ini telah mengganggu pdp kerana mengakibatkan bunyi bising sehingga

               mengganggu murid lain untuk mendengar pengajaran yang disampaikan oleh guru. Selain itu
               juga, murid-murid masih kurangkan cekap untuk mengendalikan GM, apabila guru ingin meminta
               respon daripada murid seperti meminta murid membacakan contoh kalimah Al-Quran, murid tidak

               dapat  memberikan  respon  secara  terus.  Dan  sekiranya  terdapat  ibu,  bapa  atau  di  samping
               mereka, barulah mereka mampu memberikan respon dengan lancar




               3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):

               Kemahiran kawalan bilik darjah merupakan satu perkara yang wajib dikuasai oleh semua guru.

               Bukan  sekadar  secara  bersemuka,  bahkan  secara  atas  talian.  Bilik  darjah  yang  mempunyai
               pelajar-pelajar yang bertingkah laku baik menjadikan tugas pengajaran guru “one of the most
               wonderful jobs in the world” kerana setiap hari guru mengalami pelbagai pengalaman yang baru

               dan berbeza di bilik darjah (Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh, 2009). Apabila guru
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103