Page 86 - PORTFOLIO PENUH Khairul Latest
P. 86
PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN
K
Bilangan Jurnal : 3
Minggu Praktikum : 3
Tarikh Peristiwa/Kejadian : 10 Mei 2021
Tajuk Jurnal : Unsur Kecindan Dalam Pengajaran
1. Isu Yang Difokuskan:
Berdasarkan pemerhatian saya sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran, murid lebih gemar
suasana kelas yang ceria. Ceria yang dimaksudkan di sini bukan dari sudut fizikalnya sahaja,
bahkan dari segi emosi guru itu sendiri. Saya kemukakan dua situasi, pertama, saya masuk ke
kelas dalam keadaan yang tegas, kurang senyum dan hanya menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran seperti yang dirancang. Kedua, saya masuk ke kelas dalam keadaan yang santai,
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran sentiasa senyum dan menyelitkan unsur-unsur
kecindan tanpa mengesampingkan isi utama pembelajaran. Dua tindakan saya yang berbeza ini
semestinya menghasilkan respon yang berbeza daripada murid.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):
Reaksi berbeza yang dipamerkan oleh murid berdasarkan dua tindakan saya itu adalah normal.
Hal ini kerana, guru sangat berperanan dalam mempengaruhi suasana kelas. Situasi yang
pertama, murid berasa takut untuk bertindak secara aktif lantaran melihat reaksi guru yang
sedemikian. Hal ini juga menyebabkan murid hanya akan bertindak sebagai robot, iaitu bertindak
hanya apabila diberi arahan. Situasi ini amatlah perlu dielakkan. Berbeza dengan situasi kedua,
murid lebih aktif dan belajar dalam keadaan seronok apabila guru menyelitkan unsur kecindan
dalam pengajaran.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):
Suasana kecindan dikatakan dapat mengurangkan situasi tegang dengan segera (Desberg &
Others, 1981). Dengan cara guru mendekati murid, menggalakkan mereka bertanya dan
berkongsi lawak jenaka membolehkan murid merasai guru sebagai seorang kawan (Barry & King,
1990). Menurut Shafee et al. (2011), amalan jenaka guru pelatih dapat mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan. Antara contoh persekitaran yang efektif ialah sesi

