Page 92 - PORTFOLIO PENUH Khairul Latest
P. 92
PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN
K
Bilangan Jurnal : 5
Minggu Praktikum : 5
Tarikh Peristiwa/Kejadian : 24 Mei 2021
Tajuk Jurnal : Interaksi Bersama murid di dalam aplikasi Google Meet
1. Isu Yang Difokuskan:
Saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas 5 Cemerlang bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam. Sepanjang sesi pengajaran tersebut, saya telah mendapati
penglibatan murid untuk berinteraksi agak kurang dan murid yang aktif untuk berinteraksi
hanyalah murid yang sama. Dan jika terdapat murid yang berlainan untuk memberikan respon,
murid tersebut mungkin akan memberikan respon yang agak sedikit lambat.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):
Saya banyak menggunakan teknik meminta untuk murid secara sukarela memberikan respon. Ini
telah mengakibatkan hanya murid yang pantas dan mempunyai tahap kecerdasan kognitif yang
lebih sahaja yang memberikan respon. Lalu murid murid yang mempunyai kekurangan akan
menjadi agak terpinggir di dalam kelas.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):
Siti Nurshiamul Kamilah, (2014) menegaskan bahawa guru perlu menguasai kemahiran
komunikasi dan kemahiran pengajaran terlebih dahulu kerana perlu mengaplikasikannya secara
maksimum di dalam kelas di samping perlu memastikan pelajar menguasai kemahiran tersebut
selepas sesi pembelajaran.
4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti,
saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya adalah:

