Page 89 - PORTFOLIO PENUH Khairul Latest
P. 89
PORTFOLIO PRAKTIKUM KHAIRUL IKHWAN
K
Bilangan Jurnal : 4
Minggu Praktikum : 4
Tarikh Peristiwa/Kejadian : 17 Mei 2021
Tajuk Jurnal : Quizziz, Aktiviti PdP Norma Baharu
1. Isu Yang Difokuskan:
Pada 6 Mei 2021, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah dijalankan di seluruh Selangor
akibat penularan wabak Covid-19 yang terlalu pantas merebak. Sekolah-sekolah rendah juga
turut terlibat dan diarahkan penutupan serta merta. Bermula hari itu, guru-guru telah mengambil
inisiatif mencari jalan bagi melaksanakan pembelajaran secara atas talian tidak terkecuali guru
pelatih. Saya juga telah mula mencari platform terbaik bagi menjalankan PdP, dan melaksanakan
kuiz melalui aplikasi Quizziz menjadi pilihan saya.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu):
Quizziz merupakan suatu inisiatif baharu yang segar bagi guru-guru melaksanakan pentaksiran
lantaran perisiannya yang sangat menarik. Saya telah membina soalan di aplikasi tersebut.
Namun begitu, oleh sebab mata pelajaran yang saya fokuskan ialah Pendidikan Islam yang
memerlukan penggunaan tulisan jawi, aplikasi tersebut tidak begitu mesra bagi penulisan jawi.
Terdapat beberapa perkataan yang tidak jelas titiknya dan sukar untuk dibaca. Dan juga terdapat
kekangan murid dalam mengakses Quizizz kerana terdapat murid yang menggunakan emel
selain emel moe_dl@gmail.com
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):
Matlamat utama penggunaan teknologi dalam P&P adalah untuk menarik minat pelajar, di
samping meningkatkan lagi keberkesanan P&P (Ahmad Zaki et. al., 2014). Quizziz memang
menarik minat murid untuk menjawab soalan, namun tetap tidak berjaya dilaksanakan sekiranya

