Page 3 - BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH KEMERDEKAAN TUN V.T.SAMBANTHAN OLEH R. NIVHENTERABASKAR_Neat
P. 3
Tun Thirunyanasambanthan s/o Veerasamy yang juga dikenali sebagai nama
V.T. Sambanthan adalah merupakan presiden ke-5 Kongres India se-
Malaysia (MIC) dan secara tidak langsung, beliau adalah merupakan salah
seorang bapa pengasas Malaysia bersama-sama dengan Tunku Abdul
Rahman dan Tun Tan Cheng Lock. Beliau menjadi presiden MIC dari tahun
1955 sehingga 1973 dan kemudian disingkirkan oleh ahli parti tersebut.
Sambanthan adalah merupakan antara individu yang penting dari kaum
India dalam memainkan peranan utama untuk pergerakan mencapai
kemerdekaan untuk Tanah Melayu.
Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun VT Sambanthan adalah
antara figura yang sering kita jadikan contoh dan rujukan serta dijulang
sebagai arkitek yang membina jambatan perpaduan yang diwariskan kepada
kita.
Harus diingat kejayaan mereka menyatupadukan pelbagai etnik yang ada di
Tanah Melayu ketika itu membolehkan kita memenuhi syarat British seteruskan
memperoleh kemerdekaan.
Beliau merupakan presiden MIC yang telah bersama-sama Tunku Abdul
Rahman mendapatkankemerdekaan negara. Beliau telah menyokong
sepenuhnya dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara
yang kukuh dan menyeru kaum India supaya m,emberikan kesetiaan yang
tidak berbelah bagi kepada negara ini.
Maka, dalam Buku Skrap Digital Tokoh Kemerdekaan Malaysia ini, para
pembaca boleh mengetahui lebih lanjut profil beliau yang dapat membantu
anda mengenali sejarah beliau secara terperinci.
Sekian, terima kasih.

