Page 4 - BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH KEMERDEKAAN TUN V.T.SAMBANTHAN OLEH R. NIVHENTERABASKAR_Neat
P. 4

Tun Veerasamy Thirugnana Sambanthan atau lebih dikenali sebagai Tun V.T. Sambanthan.




                             Beliau dilahirkan pada 16 Jun 1919 di Sungai Siput, Perak. Beliau merupakan anak kepada




                             Andiappan Veerasamy dan Sengammal dari etnik Tamil. Bapa beliau, M.S. Veerasamy datang ke




                             Tanah Melayu pada tahun 1896 merupakan antara penanam pokok getah awal di Sungai Siput,




                             Perak dan memiliki beberapa ladang tanaman pokok getah. Adik-beradik Tun Sambanthan ialah




                             V. Meenachi Sundram, V. Krishnan dan V. Saraswathy.





                                 Selepas Tun Sambanthan menamatkan persekolahan rendahnya di Sungai Siput, beliau telah




                             dihantar  ke  Kuala  Kangsar  untuk  menyempurnakan  persekolahan  menengahnya  di  Sekolah




                             Clifford. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh Ijazah Sarjana




                             Muda  Sastera  dari  Universiti  Annamalai  di  India  Utara  dalam  jurusan  ekonomi.  Semasa




                             menuntut di sana, Tun Sambanthan tidak ketinggalan mengikuti keadaan politik di India. Beliau




                             pernah  mengambil  bahagian  dalam  satu  protes  dibawah  pimpinan  Quit  India  Movement  dan





                             mengalami kecederaan suatu masa dahulu.




                                    Tun Sambanthan telah berkahwin dengan Umasundari yang merupakan anak kepada




                             seorang jurutera Jabatan Kerja Raya. Umasundari merupakan seorang lulusan universiti dalam




                             bidang  kimia  dan  mempunyai  harapan  untuk  melanjutkan  pelajaran  di  Jerman.  Pada  tahun




                             1959,  Sambanthan  menerima  seorang  anak  perempuan  hasil  daripada  perkahwinannya




                             dengan Umasundari. Anak perempuannya bernama Devakunjari.




                                       Pada  tahun  1973,  Tun  Sambanthan  meletakkan  jawatan  Presiden  Kongres  India  serta




                             Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya. Pada 18 Mei 1979, ketika berumur 59 tahun





                             11 bulan, beliau telah meninggal dunia akibat penyakit jantung.
   1   2   3   4   5   6   7   8