Page 7 - BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH KEMERDEKAAN TUN V.T.SAMBANTHAN OLEH R. NIVHENTERABASKAR_Neat
P. 7
Beliau memegang beberapa jawatan dalam Kabinet Persekutuan Tanah Melayu
dari tahun 1955-1957 sebagai Menteri Buruh.
Pasca kemerdekaan pula Sambanthan dilantik sebagai Menteri Kesihatan pada
1957 hingga 1959, Menteri Kerja, Pos dan Telekomunikasi (1959 hingga 1969)
dan Menteri Perpaduan (1970 hingga 1974).
Sumbangan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres
India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan
dilantik menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian. Sepanjang
tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan
oleh Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat
yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta
semangat patriotisme pada masa itu.
Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah
dicurahkan oleh V.T. Sambathan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat
yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat
patriotisme pada masa itu. V.T. Sambathan juga turut berjasa dalam menyatukan
masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi.
Bagi mengenang jasanya kepada negara, nama Sambanthan telah diabadikan
kepada sebatang jalan raya di Brickfield, Kuala Lumpur.Serta, Sistem Monorail
Kuala Lumpur juga ada nama stesen sempena namanya Tun Sambathan, iaitu
Stesen Monorel Tun Sambanthan.

