Page 5 - JAWAPAN 2.1 DISEMAK
P. 5
SHARANYA VALACHANSAMY [ 3 CEMPAKA }
TAJUK: WARISAN NEGARA BANGSA { 1.4: PERANAN PEMERINTAH DAN RAKYAT }
JAWAB SEMUA SOALAN.
1. Apakah konsep waadat?
• Konsep waadat ialah perjanjian antara golongan pemerintah dengan
golongan diperintah
2. Nyatakan golongan pemerintah dalam masyarakat Kesultanan Melayu
Melaka.
• Golongan pemerintah dalam masyarakat Kesultanan Melayu Melaka
terdiri daripada SULTAN , PEMBESAR , KERABAT RAJA dan ULAMA
3. Jelaskan peranan pembesar dalam masyarakat Kesultanan Melayu
Melaka?
• Antara peranan pembesaar ialah memelihara keamanan dan kebajikan
rakyat
di kawasan pegangan , menjadi perantara antara sultan dengan rakyat ,
mengutip hasil
melalui sistem serah dan membekalkan tenaga tentera melalui sistem
kerah.
4. Bagaimanakah peranan rakyat dalam Kesultanan Melayu Melaka
menunjukkan taat setia kepada pemerintah?
• Sebagai tanda menunjukkan taat setia kepada pemerintah rakyat
perlu mematuhi segala arahan pemerintah dan tidak akan
menderhaka kerana takut ditimpa tulah , menjadi tentera,
menghadiri majlis umum seperti gotong-royong, menjadi pengaluh
atau pendayung kapal perang dan menyumbang tenaga kerja melalui
sistem
kerah seperti membina istana atau jalan.
5. Mengapakah hubungan baik antara pemerintah dengan rakyat sangat
penting dalam usaha menjamin keharmonian negara?
• Pada pendapat saya , hubungan baik antara petnerintah dengan
rakyat memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha
menjamin kesejahteraan. Hubungan ini dapat memelihara
kedaulatan raja dan kesejahteraan rakyat. Sebagai rakyat, kita perlu
menjaga hubungan baik dengan pemerintah bagi mengekalkan
kemajtran dan keamanan negara.

