Page 7 - JAWAPAN 2.1 DISEMAK
P. 7

TAJUK: WARISAN NEGARA BANGSA

               1.4: PERANAN PEMERINTAH DAN RAKYAT.

               JAWAB SEMUA SOALAN.

               1. Apakah konsep waadat?
               - Perjanjian antara golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.



               2. Nyatakan golongan pemerintah dalam masyarakat Kesultanan Melayu Melaka.

               - Sultan, pembesar, kerabat diraja dan ulama.



               3. Jelaskan peranan pembesar dalam masyarakat Kesultanan Melayu Melaka?
               - Pembesar berperanan dalam memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan.
               Mereka turut menjadi perantara Sultan dengan rakyat. Akhir sekali, pembesar akan mengutip hasil
               melalui sistem serah dan membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah.



               4. Bagaimanakah peranan rakyat dalam Kesultanan Melayu Melaka menunjukkan taat setia kepada
               pemerintah?

               - Rakyat akan sentiasa patuh terhadap arahan mahupun undang-undang yang dilaksanakan oleh
               Sultan. Mereka tidak akan menderhaka kepada pemerintahnya oleh kerana khawatir dan takut
               ditimpa tulah. Dengan ini, perpaduan sesama rakyuat akan terus diperkukuh dengan kebajikan yang
               saling dipupuk antara mereka. Oleh yang demikian, empayar Kesultanan Melayu Melaka dapat
               memelihara dan mengekalkan kedaulatan mereka dalam jangka masa yang panjang.



               5. Mengapakah hubungan baik antara pemerintah dengan rakyat sangat penting dalam usaha
               menjamin keharmonian negara?

               - Pemerintah berperanan dalam menaung dan menjaga kesejahteraan negeri baginda manakala
               rakyat pula membalas jasa baik pemerintah dengan menunjukan taat setia mereka kepadanya. Hal
               ini menunjukkan pertalian serta nilai kerjasama yang penting dan harus dipupuk oleh semua pihak.
               Misalnya, rakyat perlu mematuhi arahan operasi standard prosedur sepenuhnya yang dilaksanakan
               oleh Majlis Keselamatan Negara ketika pandemik sedang berlaku. Alangkah berjaya, aspirasi dalam
               menjamin keharmonian negara dapat direalisasikan.



               6. Mengapakan institusi beraja di negara ini perlu dipertahankan?
               - Raja merupakan tonggak utama negara yang melambangkan kedaulatan negara ini. Baginda
               menentukan dasar pemerintahan yang dijalankan oleh Perdana Menteri melalui pelaksanaan dan
               penggubalan undang-undang. Kesannya, pemerintahan dan pentadbiran negara dijalankan dengan
               restu baginda. Sesunggahnya kekuasaan seseorang raja adalah tertinggi mengatasi mana-mana yang
               berada di bawahnya agar kesetiaan rakyat menjadi keutamaan dalam pembangunan negara.
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12