Page 6 - JAWAPAN 2.1 DISEMAK
P. 6

6.  Mengapakan institusi beraja di negara ini perlu dipertahankan?

                   •  Pada pendapat saya , institusi beraja di negara ini perlu
                       dipertahankan  kerana ia  merupakan warisan sistem politik yang
                       masih kekal sehingga ke hari ini. Institusi Raja di Malaysia adalah
                       satu institusi traditional yang sedia ada sebagai teras
                       sistem pemerintah dan pentadbiran sesebuah kerajaan Melayu yang
                       telah muncul berabad-abad lamanya.Institusi Raja yang bertapak di
                       negara ini telah mengalami evolusi daripada sistem Beraja Mutlak
                       kepada sistem Raja Berperlembagaan. Dalam sistem Beraja Mutlak,
                       Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan
                       pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang
                       dilantik khususnya sebelum penjajahan Inggeris. Raja adalah tonggak
                       berpusatnya segala kuasa dan arahan perundangan. Raja juga adalah
                       penyusun adat istiadat negara.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11