Page 65 - ISP 2016-2018
P. 65
PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 2016 - 2018
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
kerjasama daripada pihak pengurusan tertinggi dan bahagian yang berkaitan.
Peruntukan kewangan ini adalah bagi membiayai program dan aktiviti yang telah
diatur mengikut keutamaan kementerian serta visi dan misi ISP MPIC. Ia meliputi
peringkat kajian sehingga pelaksanaan program.
ii. Kemahiran dan Keupayaan Personel ICT
Keperluan personel ICT yang pakar dan mahir dalam pelbagai bidang seperti
pengurusan projek, pengurusan aplikasi, pangkalan data, pembangunan
infrastruktur dan keselamatan ICT serta sentiasa peka dengan teknologi terkini
adalah sangat penting. Oleh yang demikian, MPIC perlu mengkaji keperluan
perjawatan dan latihan kepada pegawai bagi memenuhi keperluan tenaga kerja
dan kemahiran dalam melaksanakan program yang telah dirancang. Keperluan
latihan seiring dengan perkembangan teknologi terkini adalah penting
berdasarkan trend ICT semasa dalam merancang dan membangun aplikasi yang
berimpak tinggi di samping kemahiran dalam perancangan kapasiti bagi
penyediaan prasarana ICT.
iii. Komitmen Pihak Terlibat
a. Komitmen Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan Organisasi
Komitmen dan penglibatan secara berterusan daripada pihak pengurusan
tertinggi serta peka kepada keperluan dan kepentingan ICT merupakan
faktor kritikal untuk kejayaan pelaksanaan program ICT di kementerian.
Pengurusan organisasi dan pengurusan ICT yang mantap memainkan
peranan penting sebagai perancang dan penggerak ICT di MPIC.
b. Komitmen Warga MPIC
Komitmen warga MPIC yang terdiri daripada kakitangan ICT dan bukan ICT
sangat penting dalam membentuk budaya kerja yang berorientasikan ICT.
Warga MPIC perlu memahami impak dan perubahan yang diperlukan dan
bersama-sama membantu melaksana program ICT tersebut. Warga MPIC
yang terlibat dalam program ICT perlu bersedia untuk sentiasa memberikan
60 | T E R H A D

