Page 67 - ISP 2016-2018
P. 67

PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 2016 - 2018
                      KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

4.5 PENUTUP
Pelan Strategik ICT MPIC 2016 – 2018 merupakan satu dokumen blueprint untuk
melaksanakan projek ICT bagi mencapai hala tuju dan teras strategik bisnes MPIC.
Pelan Strategik ICT ini merupakan sebuah dokumen yang mengandungi perancangan
ICT MPIC bagi mengenal pasti strategi-strategi ICT yang perlu dilaksanakan dalam
jangka masa tiga (3) tahun bagi tempoh 2016 hingga 2018. Hasil kejayaan
pelaksanaan program-program ICT ini dijangka dapat meningkatkan penyampaian
perkhidmatan serta meningkatkan kualiti maklumat yang disampaikan kepada warga
kementerian, agensi dan pelanggan.
Pelan ini akan menjadi satu panduan dan rujukan sepanjang pelaksanaan ICT untuk
tempoh tersebut. Oleh itu, dokumen ini perlu sentiasa dipantau dan dikemas kini dari
semasa ke semasa bagi memastikan ia sentiasa relevan dan terus menjadi
pemangkin kepada usaha MPIC untuk mencapai visinya.

                                                                                                    62 | T E R H A D
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72