Page 66 - ISP 2016-2018
P. 66

PELAN STRATEGIK ICT (ISP) 2016 - 2018
                KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

       maklum balas dalam pelaksanaannya terutama warga MPIC yang bertindak
       sebagai pemilik sesuatu program. Ini kerana maklumat yang diperoleh akan
       menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu pelaksanaan strategi ICT
       tersebut. Maklumat ini juga dapat membantu pihak pegawai ICT untuk
       melaksanakan penambahbaikan secara berterusan dari semasa ke semasa.

iv. Pengurusan Projek Yang Cekap

Bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lancar, ia perlu diketuai
oleh pengurus projek yang cekap. Penglibatan jawatankuasa yang terdiri daripada
pihak tertinggi, ICT serta bahagian yang terlibat amat penting bagi memastikan
projek dilaksanakan tanpa sebaran masalah serta mengikut jangka masa yang
ditetapkan. Status terkini perlaksanaan perlu direkodkan secara bertulis dan
perbincangan dilakukan secara berkala.

v. Peranan Jawatankuasa ICT

Kelulusan daripada jawatankuasa ICT diperlukan dalam pelaksanaan infrastruktur
dan pembangunan aplikasi. Oleh itu kajian dan perancangan yang lengkap perlu
disediakan bagi tujuan berkenaan bagi memastikan pelaksanaan projek dilakukan
dalam masa yang telah dirancang.

vi. Kesediaan Pengurusan Perubahan

Bagi melaksanakan ISP MPIC, warga kerja MPIC perlu bersedia terhadap
sebarang perubahan yang akan dilakukan. Langkah ini diambil bagi memastikan
warga kerja MPIC dapat menerima perubahan dengan lebih cepat dan berkesan.

                                                                                               61 | T E R H A D
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71