Page 12 - BOOKLET SKARY 2021
P. 12

3.0  UCAPAN PENASIHAT/GURU BESAR
               3.1  Ucapan dimulakan dengan ucapan aluan dan selamat datang kepada pihak
                     Bank  Rakyat  selaku  perasmi,  semua  GPK,  guru-guru,  ibu  bapa  dan semua
                     ahli mesyuarat. Bersyukur atas kehadiran ibu bapa  dan inilah yang diharap
                     kan  iaitu  satu  pertemuan  untuk  menyaksikan  idealisme  ibu  bapa  dan  pihak
                     sekolah bersatu.
                3.2  Tuan  Guru  Besar  turut  menerangkan  satu  persatu  8  Prinsip  Kerja  SKARY
                     yang  digunapakai  sebagai  teras  dan  asas  kejayaan  SKARY.  Semua  yang
                     dilakukan adalah demi kejayaan anak-anak SKARY.
                3.3  Antara  prinsip  kerja  adalah  melahirkan  6  Inisiatif  SKARY  Showcase  dalam
                     tempoh 3 tahun iaitu;
                    3.3.1 Etos/Karektor  Guru  Ikon/Hero  Teachers  Adiwira  –  pemimpin
                          pembelajaran Abad 21.
                    3.3.2 Etos/Karektor/Kemenjadian murid/Ikon - melibatkan 6 aspirasi antaranya
                          mewujudkan 15 orang SSLB sebagai pasukan gerak khas yang dipilih
                          dalam kalangan murid untuk dilatih menjadi pemimpin muda dan telah
                          mendapat kerjasama daripada pihak PPD Kluang.
                    3.3.3 Etos/Karektor sekolah - pembangunan dari segi fizikal dan sahsiah.
                    3.3.4 Ikon PIBK - menjadi showcase kepada sekolah lain- jaringan komuniti
                          dan stakeholders.
                    3.3.5 Inspirasi PAK 21 – penerapan pembelajaran PAK21/pedagogi Abad 21.
                    3.3.6 Pengurusan efisyen - dialog prestasi/PLC, pengurusankualiti/kewangan.
               3.4   Turut  memaklumkan  berkaitan  tageline  yang  digunakan  SKARY  iaitu
                    SKARIAN  LEAD” yang membawa maksud guru-guru, murid-murid, dan ibu
                    bapa mengungguli dan menjuarai segala bidang.
               3.5   Matlamat  sekolah  juga  dibentangkan  antaranya  SKARY  menjadi  contoh
                    kepada  sekolah  lain.  Mencapai  kejayaan  secara  holistik  seimbang  dari  segi
                     sahsiah, akhlak, moral dan akademik.
               3.6   Pencapaian  UPSR  2019  turut  dibentangkan  dan  membuat  perbandingan
                    dengan UPSR 2018.
               3.7   Turut mengulas pencapaian SKARY sepanjang tahun 2019.  Juga pencapaian
                     3  bulan  pertama  SKARY  untuk  tahun  2020  antaranya  SKARY  sebagai
                    Sekolah  Aspirasi  BPSH  PPD  Kluang  dan  KPM  untuk  tempoh  2  tahun  dan
                    penglibatan SKARY untuk verifikasi akhir Pertandingan ASISS 2019.
               3.8   Juga mengingatkan antara matlamat kewujudan PIBG adalah menjadi wadah
                     muafakat  antara  guru  dengan  ibubapa.  Turut  megharapkan  dorongan  dan
                     sokongan untuk memastikan SKARY terus relevan dan diterima masyarakat
                     melalui permuafakatan yang dijana dengan baik.
               3.9   Beliau  turut  memaklumkan  Bank  Rakyat  sebagai  rakan  strategik  SKARY
                    melalui  penggunaan  Program  Jom  Pay  sebagai  satu  usaha  untuk
                    mendapatkan sumbangan pembinaan dataran berbumbung melalui program
                     Alumni yang akan dihidupkan sempena SKARY 20 tahun.
                                                                               Tindakan: Makluman

         4.0  UCAPAN PERASMI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
               (EN.MOHD. AZAM BIN MISROM@MISRAN)
               4.1  Beliau  mengucapkan  terima  kasih  kerana  sudi  menjemput  beliau  sebagai
                    perasmi.
               4.2  Penglibatan  Bank  Rakyat  merupakan  bukti  sokongan  sebagai  satu  cara
                    melahirkan murid yang cemerlang.
               4.3  Bank  Rakyat  turut  memaklumkan  berkaitan  Program  “We  Love  We  Care”
                    melalui  akaun  Jom  Pay  sebagai  satu  cara  untuk  sekolah  mendapatkan
                    sumbangan daripada pihak alumni.
               4.4  Pihak Bank Rakyat prihatin dengan perkembangan pendidikan dalam negara
                    yang  menerima  peruntukan  yang  semakin  berkurangan  dari  semasa  ke
                    semasa, menyarankan agar ibu bapa memainkan peranan memberi sokongan
                    dan  bantuan  mengikut  kemampuan  samada  dari  segi  kewangan,  idea  dan
                    tenaga.

         10
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17