Page 11 - BOOKLET SKARY 2021
P. 11

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-19 2019/2020




                     Tarikh           :     1 Mac 2020
                     Hari             :     Ahad
                     Masa             :     2.00 petang
                     Tempat           :     Dewan Ibnu Sina, SK Abdul Rahman Yassin, Kluang.
                     Pengerusi        :     En. Mohd Kamal Bin Mahat
                     Kehadiran        :     210 orang (Ibu bapa 120 orang dan Guru/Staf 90 orang)

                     AGENDA MESYUARAT:
                     1.  Bacaan doa.
                     2.  Ucapan YDP PIBG - En. Mohd Kamal Bin Mahat
                     3.  Ucapan Penasihat - En. Mohd Joehadi Bin Parcho
                     4.  Ucapan Perasmi - En. Mohd Azam Bin Masrom @ Misran (Pengurus Cawangan Bank
                        Rakyat, Kluang)
                     5.  Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-18.
                     6.  Membentangkan dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG tahun 2019.
                     7.  Membincangkan usul-usul yang diterima.
                     8.  Pemilihan AJK PIBK.
                     9.  Hal-hal lain.
                     10. Ucapan penangguhan oleh YDP PIBG.
                     11. Mesyuarat bersurai.

                     BUTIRAN MESYUARAT

                     1.0    BACAAN DOA
                           Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Sharifuddin B. Muhamad Nor.

                     2.0  UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
                           2.1   Ucapan dimulakan dengan kata aluan dan selamat datang kepada semua ahli
                                 mesyuarat
                           2.2  Ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir.
                           2.3  Menyatakan bahawa PIBG merupakan platform mendapatkan pendapat yang
                                 bernas  untuk  direalisasikan  demi  kecemerlangan  anak-anak.  Turut
                                 mengharapkan perkongsian pandangan daripada ibu bapa untuk kemajuan
                                 sekolah.
                           2.4  Ucapan  terima  kasih  dan  tahniah  juga  kepada  semua  AJK  PIBG  dan
                                guru-guru yang   telah menjayakan mesyuarat pada hari ini.
                           2.5  Beliau mewakili ibu bapa merakamkan penghargaan tahniah dan terima kasih
                                 kepada  Tuan Guru Besar dan semua guru di atas usaha gigih yang dilakukan
                                 demi untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah.
                           2.6  Turut  memaklumkan  berkaitan  logo  PIBG  dan  laman  FB  yang  telah
                                 dilancarkan sebagai wadah perkongsian maklumat sekolah.
                           2.7  Juga memaklumkan akan ada penambahan AJK PIBK untuk setiap aliran dan
                                 pengerusi akan menjadi orang tengah antara ibubapa dan sekolah.
                           2.8  Beliau sangat mengharapkan kerjasama ibu bapa dengan pihak sekolah demi
                                 kecemerlangan sekolah pada masa akan datang.

                                                                                           Tindakan: Makluman









                                                                                                               9
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16