Page 8 - BOOKLET SKARY 2021
P. 8

SURAT PANGGILAN MESYUARAT


                        PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,
                        SK ABDUL RAHMAN YASSIN,
                        JALAN ARA, KAMPUNG ABDUL RAHMAN YASSIN,
                        86000 KLUANG,
                        JOHOR DARUL TA’ZIM
                                                                                                      TEL. / FAX : 07-7764280
                                                                                                Email  : skary@yahoo.com
         ___________________________________________________________________________________________

         Kepada,
         Ibubapa/Penjaga Murid
         SK Abdul Rahman Yassin,
         Jalan Ara, Kg. Dato’ Abdul Rahman Yassin,
         86000 Kluang, Johor.

         Tuan/Puan,
         NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-20

         Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

         2.    Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Abdul Rahman Yassin
         Kali Ke-20 akan di adakan seperti ketetapan berikut:
                    Tarikh      : 24 Oktober 2021 (Ahad)
                    Masa        : 2.30 petang
                    Tempat      : Secara atas talian (lokasi kediaman/tempat masing-masing)

         3.    Sehubungan  dengan  itu,  tuan/puan  dijemput  dan  dipersilakan  hadir  secara  maya  di
         mesyuarat tersebut. Berikut adalah agenda mesyuarat:
               3.1  Ucapan pengerusi
               3.2  Membentang minit Mesyuarat Agung Kali Ke-19 2020
               3.3  Perkara berbangkit
               3.4  Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan
               3.5  Membentang dan membahaskan usul
               3.6  Menetapkan sumbangan PIBG 2021/2022
               3.7  Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2019/2020
               3.8  Perlantikan Jawatankuasa PIBG 2021/2022
               3.9  Hal-hal lain
               3.10  Ucapan penangguhan

         4.    Bersama-sama  ini  disertakan  borang  usul  yang  perlu  diisi  secara  “google  form”  pada
         pautan  https://forms.gle/1eKJZTwqyQ1cNU5D8  dan  diserahkan  semula  kepada  pihak  sekolah
         sebelum  atau  pada    22    Oktober  2021.  Pemberi  usul  hendaklah  hadir  dalam  talian  dan
         membentangkan usulnya dalam mesyuarat tersebut.

         5.    Semoga dalam makluman dan tindakan tuan. Kehadiran dan kerjasama tuan/puan amat
         diharapkan. Sekian, terima kasih.

         “ WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
          “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

         Saya yang menjalankan amanah,


         ……………………………………..
         (MOHD. KAMAL BIN MAHAT)
         Yang Dipertua PIBG,
         SK Abdul Rahman Yassin,
         Kluang, Johor.

         s.k  1. PPD Kluang
                2. Fail sekolah

         6
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13