Page 18 - LAPORAN KMR-PBL TS25 SMK TUNKU SERI INDERA PUTERA MODUL 6
P. 18
MODUL 6.1_Aktiviti 2: Merancang PdP-KmR
APLIKASI TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKAN ALAM SEKITAR
Pelajar 5 Sains Sosial yang seramai 31 orang telah dipilih untuk terlibat di dalam projek KmR Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Seri Indera Putera bagi tahun 2021. Mereka
bekerja sebagai satu kumpulan besar dan diagihkan kepada tugasan- tugasan kecil. Di bawah tajuk Teknologi Hijau dan video bandar teknologi hijau maka tercetuslah satu aspirasi
untuk menyambung penggunaan tekonologi hijau bagi memastikan alam kembali pulih dan menjadi sebuah tempat yang lestari untuk didiami manusia sejagat. Maka projek yang
dipilih pada kali ini adalah Aplikasi Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam Sekitar dengan penekanan 4 sektor tenaga utama iaitu sektor bangunan, sektor pengangkutan, sektor
pengolahan sisa dan air sisa dan sektor pertanian yang merupakan elemen yang diterapkan dalam projek KmR iaitu pembinaan rumah yang dapat meningkatkan kelestarian alam
sekitar. tugasan satu ialah mencari lebih banyak maklumat mengenai 4 sektor tersebut dan dikumpulkan menjadi sebuah folio kelas. Pelajar boleh merujuk buku teks atau pencarian
di dalam internet dengan menggunakan sumber yang sah. Seterusnya pelajar akan merujuk kembali hasil tugasan mereka kepada guru. Tugasan seterusnya pula mereka dikehendaki
merekacipta model berdasarkan teori pembelajaran kepada prototaip rumah .
Di sini kemenjadian pelajar boleh dikenalpasti berdasarkan kaedah penyelesaian masalah sains dan matematik dan penambahbaikan model. Pelan yang digunakan perlu dibangunkan
menjadi sebuah rumah dan konsep pembesaran skala dalam mata pelajaran matematik digunakan. Masalah penghasilan bumbung dikaji melalui pembacaan dan perbincangan
sesama pelajar dan guru. kebanyakan maklumat yang diperolehi adalah di dalam medium Bahasa Inggeris. Kemahiran lisan dan kefahaman Bahasa Inggeris pelajar dapat
dipertingkatkan. ketika pembinaan model, pelajar dapat mengenalpasti ruang - ruang yang perlu dihasilkan serta fungsinya dengan betul. mereka mengaitkannya dalam kehidupan
mereka di rumah secara perbincangan yang positif. rata-rata pelajar menginginkan rumah mereka seperti model prototaip yang sedang dibangunkan supaya keadaan yang kondusif
dapat dijelmakan. dengan wujudny rumah seumpama ini ianya dapat memastikan institusi kekeluargaan lebih mesra dan positif.
Seterusnya model ini juga menggunakan pelbagai bahan baru dan bahan-bahan terpakai. Contohnya pembinaan bumbung digunakan daripada tin susu krimer yang telah diketuk dan
diluruskan. Tujuan penggunaan tin susu krimer kerana ingin menghasilkan bumbung yang kukuh dan bentuk sudut yang dikehendaki iaitu sudut 45 darjah. Penggabunganjalin
antara 3 matapelajaran utama iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris memang berlaku secara spontan dan ilmiah dikalangan pelajar ketika sesi perbincangan, penyelesaian
masalah, pemilihan bahan dan pengiraan.
Akhir sekali projek yang berjaya disiapkan di jadikan sebuah video untuk tujuan pembentangan dan bukti hasil kerjasama sebuah kelas. Selain itu model dan video ini akan dinilai
berdasarkan rubrik pentaksiran untuk melayakkan pelajar memperoleh TP6.
18
TS25 : PENGGERAK PEMBELAJARAN BERMAKNA

