Page 13 - BUKU PROGRAM 15TKB BOLA SEPAK
P. 13
PERATURAN KEJOHANAN
1. NAMA PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak MSSS dibahagi
kepada peringkat umur 15 dan 18 tahun dan ke bawah.
2. PENGANJURAN
2.1 Pertandingan ini dikelolakan oleh SMK Baru untuk 18 tkb dan SMK
Asyakirin untuk 15 tkb.
3. PENGELOLAAN
3.1 Pertandingan ini dikelolakan oleh SMK Baru untuk 18 tkb dan SMK
Asyakirin untuk 15 tkb.
4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
4.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini
dijalankan mengikut undang-undang permainan bola sepak
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh FIFA berkuatkuasa
sekarang.
4.2 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan
berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-
4.2.1 Keputusan berasaskan kepada PERATURAN AM MAJLIS SUKAN
SEKOLAH MALAYSIA
4.2.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas
kepada keputusan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan
Bola Sepak MSS SARAWAK (Tuan Rumah) berpandukan
Undang-undang FIFA.
4.3 Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan adalah muktamad.
5. PENYERTAAN
5.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua MSS bahagian yang mana
ditubuhkan oleh MSS Sarawak.
5.2 Setiap MSS bahagian yang menyertai pertandingan ini hanya boleh
mendaftar satu pasukan sahaja bagi setiap kategori.
5.3 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan akan
menguruskan permohonan-permohonan dan akan menetapkan
tarikh tutup permohonan tertakluk kepada keputusan atau arahan
tertentu yang dibuat dari semasa ke semasa.
6. KELAYAKAN PEMAIN
6.1 Seorang pemain terdiri dari pelajar sekolah dan warganegara
Malaysia adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan
ini.
6.2 Seorang pemain yang telah didaftar dan bermain mewakili sekolah
dengan sendiri diwajibkan mewakili pasukan MSS Sarawak (jika
terpilih). Jika tidak boleh memenuhi syarat tersebut maka
pendaftarannya terbatal dan boleh dikenakan tindakan disiplin
oleh MSS Sarawak.
12

