Page 14 - BUKU PROGRAM 15TKB BOLA SEPAK
P. 14
PERATURAN KEJOHANAN
6.3 Seorang pemain hanya layak didaftar untuk satu kategori dan satu pasuk
an sahaja.
6.4 Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan dan Status seperti berikut:
6.4.1 Pemain 15 tahun dan
18 Tahun dan ke bawah mesti mengemukakan Kad Pengenalan /
My Kad Asal.
6.4.2 Dokumen JPN 1/9 dan JPN 1/11 ( yang disahkan oleh
Ibu pejabat pendaftaran yang
mana gambar dan tarikh lahir yang sah di dalamnya.
6.5 Kelayakan umur pemain adalah :-
6.5.1 Bawah 15 Tahun - Lahir pada atau selepas tahun 2007.
6.5.2 Bawah 18 Tahun - Lahir pada tahun 2006,2005 dan 2004.
6.5.2.1 TINGKATAN 6 BAWAH – wajib menyertakan salinan Surat
Tawaran yang disahkan oleh Pengetua atau GPK sekolah
yang berkenaan
6.5.2.2 TINGKATAN 6 ATAS – Setiap bahagian (jika ada) cuma
dibenarkan untuk meyenaraikan 2 orang pemain
Tingkatan Enam Atas dan wajib disertakan salinan Surat
Tawaran yang disahkan oleh Pengetua atau GPK sekolah
yang berkenaan.
6.6 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status pemain ke atas mana-
mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad.
7. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN
7.1 Pendaftaran Pemain
7.1.1 Setiap pemain mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran
Pemain MO1 melalui Sistem SMIS.events (http://smiss.events). Hanya
pemain yang berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam
pertandingan ini.
7.2 Pendaftaran Pegawai
7.2.1 Setiap pegawai pasukan hendaklah terdiri daripada Pegawai
Perkhidmatan Pelajaran yang sedang berkhidmat di sekolah-
sekolah dan mesti mendaftar dalam Borang P-01 melalui Sistem
SMIS events (http://smiss.events).
7.2.2 Setiap pasukan boleh mendaftar maksimum 5 orang pegawai.
7.2.3 Jika pasukan menggunakan khidmat pegawai bukan Pegawai
Perkhidmatan Pelajaran khasnya jurulatih, mereka boleh mengikuti
pasukan itu tetapi tidak boleh didaftarkan dalam Borang
pendaftaran pasukan.Pegawai ini setaraf dengan penonton,
Segala tunjuk ajar hendaklah dibuat di luar permainan.
7.3 Pemain dan Pegawai pasukan semua kategori juga mesti berdaftar
dalam Borang Pendaftaran Pasukan MO3 (Borang Khas Permainan Bola
Sepak SECARA ONLINE).
7.4 Semua borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh Setiausaha MSS
Bahagian.
13

