Page 15 - BUKU PROGRAM 15TKB BOLA SEPAK
P. 15

PERATURAN KEJOHANAN

            7.5    Kesemua pemain boleh disenaraikan semasa perlawanan di mana
                   11 pemain utama dan 7 pemain simpanan bagi 15 dan
                   18 tahun dan ke bawah. Pendaftaran itu adalah seperti yang dinamakan
                    semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.
            7.6    Senarai nama pemain yang telah di daftar perlu di print dan di sahkan
                   semua dokumen serta di bukukan. Hantar semasa mesyuarat pengurus
                   pasukan.
            7.7    Pengadil
                   7.7.1 setiap bahagian Wajib menyenaraikan seorang pengadil untuk
                           setiap kategori dan semua kos membawa pengadil di tanggung
                           oleh bahagian masing-masing.
            7.8    Tarikh tutup pendaftaran
                   7.8.1 20 Julai 2022.
      8.    FORMAT PERTANDINGAN
            8.1    Sistem pertandingan dijalankan mengikut Peraturan AM MSSM ( Peraturan
                   10 )
            8.2    Peraturan permainan liga digunakan seperti ketetapan berikut:
                   8.2.1 Pemberian mata – Menang 3 mata, Seri 1 mata dan kalah 0 mata.
                   8.2.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang
                           atau melapor diri lewat dari 15 minit selepas waktu pertandingan
                           yang diistiharkan dalam Jadual Pertandingan, maka pasukan yang
                           hadir dengan cukup bilangan pemain iaitu 10 pemain akan
                           diberikan kemenangan percuma, dengan perolehi 3 mata dan
                           jaringan 3 – 0.
                   8.2.3 Penarikan diri mana-mana pasukan semasa kejohanan sedang
                           berlangsung adalah tidak dibenarkan.Jika terdapat pasukan
                           menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri perlawanan
                           ini, dengan apa sebab sekalipun, mata dan jaringan gol yang
                           masuk atau kena dalam semua perlawanan yang dimainkan
                           olehnya tidak diambil kira.
                   8.2.4 Setelah selesai semua perlawanan liga, dua pasukan yang teratas
                           dalam kumpulan akan layak masuk pertandingan pusingan kedua.
                           Jika ada dua atau lebih pasukan dalam kumpulan, telah mengutip
                           jumlah mata yang sama maka penentuan adalah mengikut
                           hierarki berikut :-
                                                         1. Perbezaan gol
                                                         2. Jumlah jaringan gol
                                                         3. Pasukan yang pernah
                                                         mengalahkan lawan (head-to-head)
                                                         4. Potongan mata untuk kad merah
                                                         dan kad kuning yang diterima [ Kad
                                                         merah terus = -5 , Kad merah (2 kad
                                                         kuning = -3 ) , kad kuning = -1 ].
                                                         5. Keputusan dari tanda penalti untuk
                                                         pasukan yang seri di peringkat
                                                         kumpulan. ( 3 orang ).


                                                     14
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20