Page 5 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 5

daripada kandungan atmosfera terdapat dalam troposfera. Troposfera mempunyai wap air, gas-

               gas seperti oksigen dan karbon dioksida.


               Lapisan  stratosfera  mempunyai  ketebalan  kira-kira  40  km.  Suhu  meningkat  mengikut
               ketinggian. Semakin tinggi bahagian troposfera suhu semakin panas. Lapisan stratofera tidak

               berawan oleh sebab udara yang kering dan kurang wap air. Terdapat lapisan gas ozon pada

               ketinggian 15-35 km.


               Lapisan mesosfera  terletak pada ketinggian di antara 50 hingga 80 km dari permukaan bumi.
               Suhu semakin rendah mengikut ketinggian. Semakin tinggi bahagian mesosfera, suhu semakin

               rendah.  Suhu  berubah-ubah  mengikut  latitud  dan  musim.  Di  lapisan  mesosfera,  berlaku

               penghancuran meteorit sebelum memasuki atmosfera.


               Lapisan termosfera terletak pada ketinggian di antara 80 hingga 700 km dari permukaan bumi.
               Suhu  meningkat  mengikut  ketinggian.  Semakin  tinggi  bahagian  termosfera,  suhu  semakin

               panas. Suhu boleh mencapai sehingga 1200 º C. Lapisan ini mengandungi molekul-molekul
               oksigen dan nitrogen yang bercas elektrik dan mampu memantul gelombang radio ke bumi dan

               menggalakkan komunikasi jarak jauh oleh itu sesuai ditempatkan satelit komunikasi.


               Pada kesimpulannya, keempat-empat lapisan atmosfera mempunyai ciri-ciri yang berlainan

               dan berperanan penting dalam alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.





                 (b) Bagaimanakah gangguan terhadap gas berubah mempengaruhi aktiviti manusia.      [13]

               Rangka Jawapan
                   i.  Wap air meningkat – proses pemeluwapan meningkat- kerpasan meningkat- pertanian
                       (positif dan negatif)
                   ii.  Karbon dioksida meningkat- proses sejatan meningkat- suhu meningkat- pelancongan,
                       IKS
                   iii.  Gas metana meningkat- proses sejatan meningkat- suhu meningkat- pertanian,
                       perikanan
                   iv.  Gas ozon menurun- proses sejatan meningkat- suhu meningkat- pertanian







                                                                                                         5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10