Page 10 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 10

Hujan yang mencukupi akan menyebabkan bekalan air yang mencukupi bagi tanaman. Aktiviti
               pertanian dapat dijalankan dengan baik. Hujan yang lebat dalam tempoh masa yang lama akan

               menenggelamkan hasil tanaman. Tanaman akan musnah dan aktiviti pertanian terjejas. Hujan
               yang  sedikit  akan  menyebabkan  bekalan  air  yang  kurang  bagi  aktiviti  tanaman  sayuran.

               Tumbuhan layu dan aktiviti pertanian terganggu.


               Angin yang sepoi sepoi bahasa atau perlahan mengalakkan aktiviti pelancongan. Udara yang

               nyaman menyebabkan ramai orang berkelah di pinggir pantai. Angin yang kencang semasa
               ribut  berlaku  akan  menganggu  aktiviti  perikanan.  Laut  bergelora  membahayakan  bot  bot

               nelayan. Nelayan tidak dapat turun ke laut. Oleh itu aktiviti perikanan pinggir pantai dan laut

               dalam terjejas.


               Kelembapan udara bandingan yang tinggi akan menyebabkan hujan yang lebat. keadaan ini
               akan menyebabkan keadaan banjir. Hujan yang lebat dan banjir akan menyebabkan tanaman

               ditenggelami air lalu musnah. Aktiviti pertanian akan terjejas. Banjir juga akan menyebabkan
               kawasan  penternakan  ayam  dan  lembu  ditenggelami  air.  Haiwan  ternakan  lemas.  Aktiviti

               penternakan juga terjejas apabila kelembapan bandingan tinggi wujud. Kelembapan udara yang

               rendah  akan  menyebabkan  keadaan  yang  kering.  Keadaan  ini  akan  menyebabkan  aktiviti
               penternakan  sukar  dijalankan.  Lembu  ternakan  kekurangan  air  untuk  minum.  Aktivti

               penternkanan terjejas.


               Litupan awan merupakan salah satu unsur cuaca dan iklim. Litupan awan yang banyak akan

               menyebabkan keadaan yang nyaman. Oleh itu, aktiviti pelancongan dapat dijalankan dengan
               baik.  Litupan  awan  yang  sedikit  akan  menyebabkan    suhu  yang  tinggi.  Keadaan  ini  akan

               menyebabkan  ketidakselesaan  pengunjung  atau  pelancong  lalu  menjejaskan  aktiviti
               pelancongan.



               Bahangan  matahari  yang  mencukupi  akan  mengalakkan  aktiviti  PKS  dijalankan  sepanjang
               tahun.  Aktiviti  mengeringkan  batik  dan  ikan  sesuai  dijalankan  jika  kawasan  menerima

               bahangan matahari yang mencukupi. Bahangan matahari yang sedikit atau tempoh masa yang
               singkat akan menjejaskan aktiviti pertanian. Tempoh masa menanam akan menjadi singkat.





                                                                                                       10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15