Page 6 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 6
Cadangan Jawapan
Kandungan gas berubah boleh bertambah atau berkurang dalam atmosfera. Apabila wap air di
atmosfera bertambah, proses pemeluwapan akan meningkat. Semakin tinggi kadar
pemeluwapan, pembentukan awan semakin tebal. Awan yang tebal akan menghasilkan
kerpasan yang tinggi. Hujan yang tinggi boleh membawa kesan positif dan negatif terhadap
sektor pertanian. Hujan yang lebat semasa benih padi disemai membolehkan benih padi
bercambah. Manakala jika hujan lebat sehingga banjir, hasil tanaman akan rosak dan
ditenggelami air.
Karbon dioksida yang bertambah di atmosfera menyebabkan proses sejatan yang tinggi dan
suhu akan meningkat. Suhu yang tinggi menggalakkan sektor pelancongan. Pelancong dari
negara sejuk sederhana gemar berjemur di pantai untuk menikmati suhu yang tinggi. Suhu yang
tinggi turut membantu industri IKS seperti pengeringan makanan laut seperti ikan, udang dan
sotong. Industri kain batik, barangan tembikar dan bengkel membaiki kereta juga mendapat
manfaat dari suhu yang tinggi.
Gas metana yang bertambah akan menyebabkan proses sejatan yang tinggi dan suhu
meningkat. Suhu air laut meningkat dan mengurangkan pembiakan plankton. Plankton yang
berkurangan akan mengurangkan sumber ikan dalam laut dan menjejaskan jumlah tangkapan
ikan nelayan.
Gas ozon penting untuk menapis sinaran UV pada sinaran matahari. Pengurangan gas ozon
akan meningkatkan suhu dan proses sejatan. Suhu yang tinggi akan menyebabkan musim
kemarau. Musim kemarau akan menjejaskan pertumbuhan tanaman dan mengurangkan hasil
pertanian.
6

