Page 36 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 36
SEBELUM PERKHEMAHAN
Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan dan dititikberatkan sebelum sesebuah aktiviti
perkhemahan dijalankan supaya segala perancangan sepanjang perkhemahan berjalan dengan
lancar. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membentuk organisasi perkhemahan yang
terdiri daripada pengerusi, naib pengerusi, setiausa dan bendahari. Selepas organisasi dibentuk,
pihak pengurusan perlu membuat surat kebenaran bagi mendapatkan kebenaran daripada pihak
sekolah, pihak tempat perkhemahan dan sebagainya. Sekiranya mendapat kebenaran daripada
pihak sekolah, ahli organisai yang telah dibentuk perlu melantik ahli jawatankuasa, jurulatih dan
ketua bagi setiap bahagian. Selepas itu, ahli organisasi perkhemahan mengadakan mesyuarah
atau perjumpaan untuk berbincang mengenai beberapa dokumen perincian aktiviti perkhemahan
yang perlu disediakan. Setiausaha perkhemahan perlu menyediakan senarai nama pelajar dan
guru yang terlibat dalam aktviti perkhemahan serta senarai nama ahli jawatankuasa pelaksana.
Seterusnya, pihak pengurusan perlu menyediakan jadual aktiviti perkhemahan yang lengkap
dengan tempoh waktu yang sesuai. Di samping itu, pihak pengurusan perlu memaklumkan kepada
pihak polis dan balai bomba yang berdekatan sebagai langkah keselamatan. Surat pemberitahaun
juga perlu disedikan bagi mendapatakn kebenaran daripada waris pelajar.
SEMASA PERKHEMAHAN
Pihak pengurusan perkhemahan perlu memastikan kesihatan dan kebajikan para peserta terjaga
sepanjang perkhemahan berlangsung supaya tidak ada pelajar yang mengalami masalah
kesihatan yang serius. Pihak pengurusan juga perlu memastikan setiap ahli perkhemahan
mematahui segala prosedur keselamatam yang telah dirancang dan ditetapkan agar semua ahli
sentiasa berada dalam keadaan selamat dan jauh dari bahaya. Jadual perkhemahan yang
dirancang perlu diikuti dengan sempurna bagi memastikan aktiviti dilakukan tepat pada waktunya
dan tidak berlaku pertindihan aktiviti. Malah, segala aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna.
Jika terdapat sebarang permasalahan sepanjang aktiviti dijalankan, pihak pengurusan perlu
36
membuat penambahbaikan selepas setiap aktiviti selesai dijalankan. Ahli jawatankuasa pula perlu
sentiasa memantau aktiviti yang dijalankan dan peka terhadap keadaan ahli perkhemahan.

