Page 37 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 37

SELEPAS PERKHEMAHAN




       Selepas perkhemahan, semua ahli perkhemahan perlu menurunkan khemah masing-masing dan

       menyimpan khemah seperti asalnya. Selepas itu, semua ahli perkhemahan perlu membersihkan
       kawasan perkhemahan dengan sebaiknya, dimana semua sampah dibuang ke tempat
       pembuangan sampah berhampiran dan tidak meninggalkan sebarang harta benda di tapak

       perkhemahan tersebut. Ahli jawatankuasa perlu memantau setiap gerak kerja ahli perkhemahan

       agar kerja pembersihan dilakukan dengan baik. Kemudian, pihak pengurusan perlu memastikan
       keperluan dan peralatan perkhemahan dalam keadaan baik dan mencukupi. Acara penyampaian
       hadiah dan sijil penghargaan kepada pemenang dan peserta perkhemahan diadakan bagi

       menghargai usaha semua. Akhir sekali, pihak pengurusan perlu menyediakan laporan sepanjang
       perkhemahan berlangsung agar penambahbaikan dapat dibuat pada perkhemahan yang akan

       datang. .



                      Aspek keselamatan




       Aspek keselamatan perlu dititikberatkan sepanjang aktiviti perkhemahan berlangsung supaya
       keselamatan peserta terjamin dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti

       kecederaan yang boleh membahayakan nyawa. Pertama sekali, pihak pengurusan perlu
       memastikan ciri-ciri pemilihan tempat perkhemahan dipatuhi. Tempat perkhemahan mestilah
       berdekatan pelbagai kemudahan seperti sumber air. Peserta perkhemahan juga perlu sediakan

       parit kecil disekeliling khemah bagi memastikan air hujan tidak bertakung. Khemah perlu dipasang
       dengan betul dan kemas, dimana tali pancang khemah perlu dipastikan diikat dengan tegang dan

       ketat agar khemah tidak roboh sekiranya keadaan cuaca berubah. Di samping itu, khemah
       didirikan dengan jarak yang tidak terlalu dekat antara satu khemah ke satu khemah supaya

       peserta boleh bergerak dengan selesa. Peserta juga perlu menaburkan serbuk belereng (sulfur) di
       sekeliling khemah bagi menghalau binatang berbisa. Ahli jawatankuasa yang bertugas juga perlu

       mengadakan perhimpunan (roll call) pada waktu pagi dan petang bagi memastikan semua peserta
       berada di kawasan perkhemahan. Peserta perlu memaklumkan kepada ahli jawatankuasa yang

       bertugas sekiranya ingin keluar ke mana-mana. Peserta juga telah ditetapkan untuk sentiasa
       bergerak dalam berkumpulan iaitu dua atau tiga orang sekiranya ingin keluar dari kawasan           37

       perkhemahan atau ketika melakukan aktiviti perkhemahan. Jika berlaku sebarang kemalangan
       atau kecederaan, peserta perlu memaklumkan segera kepada guru atau petugas. Perkara paling

       utama, semua peserta wajib mematuhi peraturan perkhemahan yang telah ditetapkan agar
       kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42