Page 38 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 38

REFLEKSI KESELURUHAN




       Aktiviti perkhemahan merupakan sebuah aktiviti yang sangat menyeronokkan kerana semua

       pelajar akan bersatu hati dalam menjayakan setiap aktiviti yang telah disusun atur sepanjang
       perkhemahan. Perancangan yang rapi sebelum perkhemahan menjadikan sesuatu perkhemahan

       itu sistematik dan tersusun. Setiap AJK yang dilantik juga sangat memainkan peranan masing-
       masing dan tahu apa yang patut dilakukan. Peraturan yang ditetapkan semasa perkhemahan

       sedang berlangsung bukan sahaja membantu kelancaran aktiviti perkhemahan tetapi dapat
       mendisiplin ahli pengakap. Setiap ahli pengakap mempunyai rasa tanggungjawab masing-masing

       untuk mengikuti segala arahan daripada ketua-ketua dan peraturan yang telah ditetapkan. Tentatif
       perkhemahan yang diaturkan juga sangat bersesuaian dengan tahap kebolehan setiap ahli

       pengakap serta terdapat beberapa aktiviti yang menguji ketahanan mental dan fizikal peserta.
       Namun semua peserta berasa seronok dan sangat gembira melakukan semua atkiviti

       perkhemahan.
                     Aktiviti membina kraf perkhemahan iaitu gajet sangat menyeronokkan walaupun
       pada awalnya ia amat sukat untuk disiapkan. Hal ini kerana, membina gajet memerlukan idea dan

       tenaga yang banyak supaya gajet yang dihasilkan itu kukuh dan menarik. Namun, semua itu dapat

       diatasi apabila kesemua ahli pengakap bekerjasama dalam membina setiap kraf perkhemahan
       yang terdiri daripada pelbagai jenis gajet seperti gajet rak kasut, gajet ampaian dan gajet rak
       dapur. Pensyarah penasihat juga banyak membantu dan menyumbangkan tenaga dalam

       menyiapkan segala gajet yang diperlukan sepanjang perkhemahan.
                     Aktiviti masakan rimba juga melahirkan semangat pasukan dan kerjasama yang

       mantap dalam diri setiap ahli pengakap. Aktiviti ini sangat menyeronokkan apabila semua ahli
       pengakap bergotong-royong untuk menyediakan hidangan makanan bagi menjamu perut masing-

       masing dan juga menjamu pensyarah penasihat. Tidak ketinggalan, pensyarah penasihat turut
       memberi idea dan cadangan bagi menyediakan menu masakan rimba.

                     Kesimpulannya, semua aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan berjaya
       memupuk semangat setiakawan, memupuk sifat prihatin dan bertanggungjawab serta menjadikan

       setiap pelajar mempunyai jiwa yang besar. Tidak dapat disangkal lagi, aktiviti perkhemahan
       mampu membentuk seorang individu yang berjiwa besar dan kental dalam menghadapi segala

       cabaran dunia kelak.
                                                                                                          38
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43