Page 52 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 52

Istiadat-istiadat
                                      pengakap









                                    Istiadat Meningkat Naik (PKK ke PM)



                 Satu istiadat yang sangat mustahak, menjadi kenangan dan menggembirakan

                  bagi PKK meningkat naik ke Kumpulan PM. Istiadat ini penting bagi
                  Akela/Pemimpin dan Penolong yang telah melatih PKK itu.



                 Kedudukan : Pek dan Troop berdiri dalam bentuk tapak kuda berhadapan

                  antara satu dengan lain



              Cara melaksanakannya :
              1. Sebaik sahaja Laung Agung selesai dijalankan, Akela mara ke garisan pemisah.

              2. Pemimpin Kumpulan memberi arahan “Kumpulan Sedia”. Pemimpin akan
              terangkan tujuan istiadat.

              3. Apabila arahan "PKK meningkat naik" diberi, PKK akan bergerak satu langkah ke
              hadapan, pusing ke kanan pusing dan terus bersalam dengan PKK lain.
              Seterusnya, maju ke Akela di garisan pemisah (tali).

              4. Akela memberi pesanan terakhir kepada PKK.

              5. PKK memberi hormat, salam dengan Akela. Akela dengan menggunakan tangan
              kiri memimpin PKK melangkah pemisah.
              6. Seterusnya, PKK memberi hormat kepada pemimpin Pengakap Muda dan

              bersalam.
              7. Pemimpin menyerah PKK kepada Ketua Patrol.

              8. Ketua Patrol membawa PKK ke patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli
              kumpulan.

              9. Selesai semua ahli baru dipindahkan semua ahli Troop akan memberi sorakan
              “SELAMAT DATANG”.                                                                           52

              10. Bagi PKK yang tinggal, Istiadat Laung Agung diteruskan.
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57