Page 53 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 53
Kraf
perkhemahan
Pengurusan dan Penjagaan Khemah
1. Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang/tiang khemah
berada dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan
memasukkan dan mengeluarkan tiang/ pancang.
2. Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip dari pada jem dan
menyebabkan susah untuk di buka.
3. Jangan menyimpan makanan didalam khemah untuk mengelakkan daripada
binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari
makanan tersebut.
4. Saranan yang penting - sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip
atau setelah selesai menggunakkannya, dan pastikan anda memeriksa setiap
kotoran dan sampah sarap yang tertinggal.
5. Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul- betul kering.
6. Sekiranya khemah anda basah elakkan dari menekan, menarik, atau dengan
apa cara sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak.
7. Jangan menggunakan lilin, mancis, atau pembakaran terbuka berdekatan
dengan khemah.
8. Sentiasa menggunakan peralatan yang berkuasa bateri didalam khemah dalam
usaha mengelak kejadian tidak di ingini berlaku.
53

