Page 57 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 57
IKHTIAR HIDUP
Mengikut kamus "Oxford" ikhtiar hidup atau survival ialah "the state of continuing to
live or exist without full facilities”.
Selain itu ikhtiar hidup juga boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan genting dalam
usaha untuk terus hidup.
Kesimpulannya ikhtiar hidup merupakan satu ikhtiar dalam proses kelangsungan
hidup. Keadaan yang selalunya menyebabkan seseorang itu memerlukan teknik dan
kemahiran untuk meneruskan kelangsungan hidup
LIMA KEMAHIRAN ASAS IKHTIAR HIDUP
API
Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada
penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan,membantu menghalau
binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap mereka yang
melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai pengetahuan cara untuk
menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan, satu dengan peralatan dan
satu lagi tanpa peralatan. Beberapa tompokan unggun api yang kecil lebih banyak
menghasilkan haba berbanding satu tompokan unggun api yang besar. Cari dan
kumpulkan kayu api untuk digunakan pada sebelah malam dan kemudian kumpulkan lagi
dengan jumlah yang sama, kerana sudah pasti anda memerlukannya kemudian.
Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat"star fire" dimana cuma hujung kayu sahaja
yang terletak didalam unggun api,cuma tolak kedalam jika bahan bakar diperlukan lagi.
Buat pembalik haba dengan membuat dinding dibelakang ataupun kawasan haba yang
57
berdekatan dengan dinding seperti tembok atau dinding gua. Duduk di antara api dan
dinding tersebut supaya anda dapat menerima pemanasan daripada belakang.

