Page 71 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 71
KAWAD STATIK
Masuk Baris
Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai jurukawat.
Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada
kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk
baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’.
Sedia
Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm hingga
15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit
seluar, buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan.
Senang Diri
Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti
kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan
jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke
tubuh.
Rehatkan Diri
Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras
pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.
Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan
Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali tidak perlu
melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan
hadapan, kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak
kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri.
Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat
genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan
dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama,
pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan belakang perlu mengikut menggerakkan
kaki supaya kedudukannya sekari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan
hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila barisan sudah menjadi
lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan
‘pandang depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke hadapan.
Kedudukan ini mesti dalam keadaan ‘sedia’.
Ke Kanan Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing,
pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan 71
hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan
dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.

