Page 74 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 74
KAWAD DINAMIK
1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan menggunakan bahasa
hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing.
2. Ketua Platun mengarahkan ahli berjalan dalam keadaan berkawad dengan menggunakan
bahasa hukuman Dari kiri / kanan...cepat jalan.
3. Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok ke arah kiri menggunakan bahasa
hukuman Kiri belok
4. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya membuat pergerakan tukar langkah semasa
berjalan menggunakan bahasa hukuman Tukar Langkah sebanyak 3 kali sebutan secara
berturut-turut selepas setiap perbuatan dan disusuli denganperkataan maju selepas
perbuatan tukar langkah yang ketiga.
Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan supaya ahli membelok kearah kiri
menggunakan bahasa hukuman. Sebanyak 4 kon yang akan dilalui pada laluan ini. Setelah
melepasi kon dan kedudukan ahli menghampiri ka&asantengah, Ketua Platun mengarahkan ahli
supaya membuat pergerakan tabik hormat ke arah kanan semasa berjalan menggunakan
bahasa hukuman, hormat-hormat ke kanan hormat. Semasa ahli terakhir menghampiri kawasan
pentas hormat, Ketua Platun mengarahkan ahli menjatuhkan tabik hormat menggunakan
bahasa hukuman, “Pandang...depan”. Semasa menghampiri kon, Ketua Platun mengarahkan
ahli berpatah balik ke kawasan tengah litar dengan menggunakan bahasa hukuman, “Bergerak
ke kanan…bertiga-tiga...belakang pusing”. Setelah ahli sampai ke bahagian tengah litar, Ketua
Platun mengarahkan ahli untuk berhenti dengan menggunakan bahasahukuman “Skuad...henti.
Ketua Platun kemudiannya mengarahkan ahli menghadap ke hadapan pentas hormat
menggunakan bahasa hukuman “Menghadap kehadapan..kiri pusing”. Ketua Platun
kemudiannya berpusing menghadap ke hadapan pentas hormat dan mara menghadap ke
hadapan Ketua Pengadil bersama-sama keseluruhan platun menggunakan bahasa hukuman
“Skuad akan menghadap...darii tengah...tepat kanan”. Pergerakana adalah sebanyak 14
langkah dan berhenti di hadapan Ketua hakim. Ketua Platun mengarahkan semua ahli memberi
tabik hormat kepada Ketua hakim dengan menggunakan bahasa hukuman, “hormat
kehadapan...hormat”, perbuatan tabik hormat dilakukan secara serentak selama 3 saat sahaja.
74

