Page 72 - BUKU LOG DIGITAL PENGAKAP
P. 72

Ke Kiri Pusing

        Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing,
        pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak
        kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan
        menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan.

        Ke Belakang Pusing

        Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing,
        pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah
        pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam
        kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung
        kaki kiri.

        Buka Barisan


        Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan
        belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan.
        Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan
        hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua
        langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki
        kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.

        Tutup Barisan

        Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang. Pengakap yang
        berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam
        kedudukan ‘sedia’. Apabila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan
        bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke
        hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan
        supaya berada dalam keadaan sedia semula.

        Langkah Ke Sebelah

        Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu langkah ke sebelah
        kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila
        mendengar hukuman langkah ke sebelah kanan,          Pengakap dikehendaki mengangkat dan
        meletakkan kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan
        hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman
        langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehandaki mengangkat dan meletakkan kaki kiri disebelah
        kiri kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam
        kedudukan sedia.





                                                                                                          72
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77