Page 52 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 52

Litupan Awan

               •  Awan terbentuk daripada butir-butir air yang terpeluwap di atmosfera.
               •  Pemeluwapan berlaku apabila udara panas yang sarat dengan wap air naik tinggi ke atmosfera
                 hingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah.
               •  Wap menjadi titis-titis air yang kemudiannya bergabung membentuk awan.
               •  Awan mempengaruhi cuaca setempat menyebabkan terjadinya hujan, kabus dan ribut petir.
               •  Awan dikelaskan mengikut ketinggian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.5.

                 Awan tinggi
                atas 20 000 kaki
                (>6 000 meter)
                                                           Sirus                         Sirokumulus
                                                                         Sirostratus
                      Awan
                 pertengahan
                  6 500 hingga
                   20 000 kaki
                 (2 000 hingga                                Altostratus          Altokumulus
                  6 000 meter)



                Awan rendah
                    di bawah                          Stratus   Stratokumulus
                    6 500 kaki                                                 Nimbostratus   Kumulus
                (<2 000 meter)     Kumulonimbus
                                                      Rajah 3.5: Jenis-jenis awan

                 Pancaran Matahari

               •  Matahari memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
                 iklim di bumi.
               •  Matahari membekalkan tenaga kepada seluruh alam dalam
                 bentuk gelombang elektromagnet.
               •  Sinaran matahari ke bumi dipengaruhi oleh keadaan awan
                 dan perbezaan sudut penerimaan sinar matahari.


                                                                                     Pancaran matahari
                   Aktiviti 3.1

                Tajuk:   Merekod suhu dan hujan.
                Objektif: Merekod suhu dan mengumpul jumlah hujan di stesen kaji cuaca sekolah dalam
                                  tempoh satu bulan.
                Alatan:   Termometer, tolok hujan dan jadual perekodan.
                Langkah-langkah:
                1.  Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
                2.  Setiap kumpulan dikehendaki merekod bacaan suhu dan hujan di stesen kaji cuaca sekolah.
                3.  Bacaan suhu dan hujan diambil pada pukul 7.30 pagi setiap hari bagi tempoh sebulan.
                4.  Data suhu dan hujan direkodkan dalam jadual perekodan yang disediakan oleh guru.
                5.  Berdasarkan data yang dikumpul, bina graf yang sesuai bagi mewakili bacaan suhu dan hujan.
                6.  Guru membuat penilaian.



          44
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57