Page 53 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 53
BAB 3 : Fenomena Cuaca dan Iklim
BAB 3 : F
enomena C
BAB 3 : F enomena C uac a dan Iklim
uac
a dan Iklim
3.3 Fenomena Cuaca dan Iklim Dunia
Cuaca dan iklim menghasilkan pelbagai fenomena
di seluruh dunia. Di negara kita, banjir merupakan
fenomena yang sering berlaku. Di negara-negara lain
pula berlaku fenomena seperti kemarau dan taufan.
Banjir
Banjir ditakri an sebagai suatu keadaan limpahan air
atau kenaikan air melebihi tebing sungai kepada saliran
seperti longkang, parit, tasik atau laut ke kawasan
sekitar terutama kawasan tanah yang lebih rendah.
Di Malaysia, banjir sering berlaku semasa Monsun
Timur Laut antara bulan November hingga Mac kerana Banjir
pada masa ini kadar hujan turun adalah lebih tinggi. Negeri-negeri pantai timur Semenanjung
Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang ketika ini sering dilanda banjir kerana
kawasan ini terdedah dan dipengaruhi tiupan angin Monsun Timur Laut.
Punca Banjir
Banjir berpunca daripada beberapa faktor. Rajah 3.6 menunjukkan punca-punca kejadian banjir.
Sungai cetek dan sempit
tidak dapat menampung
air hujan
Kekurangan Hujan lebat
kawasan tadahan yang berterusan
Permukaan tanah berturap
Kejadian air pasang perbani Punca-punca menyebabkan air tidak dapat diserap
menyebabkan air melimpah ke dalam tanah dan larian air
ke daratan banjir permukaan bertambah
Saliran atau longkang Pembinaan dan pembangunan
sempit dan tersumbat pesat yang tidak terancang
Rajah 3.6: Punca-punca banjir
Info
Info
Geogra
Banjir kilat ialah keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yang luas dengan serta merta atau
tidak disangka-sangka. Banjir kilat berlaku disebabkan oleh hujan yang lebat dan kadar larian air permukaan
yang tinggi. Permukaan tanah berturap dengan bangunan konkrit seperti di kawasan bandar dan sistem
perparitan yang tidak sistematik.
(Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat, 2020)
45
45
45

