Page 57 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 57

BAB 3 : Fenomena Cuaca dan Iklim

                 Kesan Kemarau

                 Kemarau menyebabkan keadaan kering dan kekurangan air. Keadaan ini mendatangkan pelbagai kesan
                 buruk kepada manusia dan alam sekitar.

                           1  Krisis bekalan air      Kesihatan terjejas
                                                    5  seperti strok haba,
                             Kebakaran hutan mudah    ruam kulit dan
                           2                          sakit mata              Kod QR
                             berlaku akibat cuaca
                 Kesan       panas melampau                              Layari laman web berikut untuk
                                                                         mengetahui lebih lanjut tentang
                Kemarau      Aktiviti pertanian,                         kesan-kesan kemarau.
                             penternakan                                 (Sumber: https://eravisi.com/
                          3  dan akuakultur terjejas                     geo/tg5/ms049/)
                             kerana kekurangan
                             sumber air                Berlakunya ribut
                                                    6  akibat perbezaan
                                                       tekanan udara
                           4  Krisis ekonomi

                                                Rajah 3.9: Kesan-kesan kemarau
                     Info
                     Info
                    Geogra
                 Kemarau sering kali menyebabkan berlakunya kematian akibat kebuluran. Kebuluran yang paling buruk disebabkan
                 kemarau dalam sejarah dunia berlaku di utara China antara tahun 1876 hingga 1879 yang menyebabkan kira-kira
                 9 juta orang mati. Pada waktu yang sama, kemarau dan kebuluran juga berlaku di India antara tahun 1876 hingga
                 1878 yang menyebabkan 5 juta orang mati.
                 (Sumber: https://www.greelane.com/ms/kemanusiaan/sejarah--kebudayaan/asias-worst-natural-disasters-195150/,
                 18 Julai 2019)

                 Langkah-langkah Mengurangkan Masalah Kemarau

                 Fenomena kemarau tidak dapat dielakkan daripada berlaku. Walau bagaimanapun, beberapa
                 langkah boleh diambil untuk mengurangkan kesannya. Antara langkah yang boleh diambil adalah
                 seperti berikut:

                 • Saintis membantu para petani mengatasi kemarau melalui cara sainti k iaitu menggunakan
                  cara pengairan baru untuk membaja dan menyembur racun serangga yang menjimatkan
                  penggunaan air.
                 • Memelihara dan memulihara badan air untuk mengawal dan menyederhanakan suhu setempat.
                 • Membina lebih banyak empangan dan mengekalkan kawasan tadahan air.
                 • Melakukan pembenihan awan dan hujan tiruan untuk mengurangkan krisis air dan memadam
                  kebakaran hutan.
                 • Mewujudkan kawasan hijau dengan menanam lebih banyak pokok.
                 • Meneroka sumber air alternatif seperti air bawah tanah dan air laut.

                       Glosari
                       Glosari
                  Badan air: Sumber air permukaan seperti sungai, tasik, kolam, tanah perairan, pantai sama ada secara semula
                  jadi atau buatan manusia. Badan air berfungsi sebagai pembekal kepada sistem akuifer dan membantu
                  meningkatkan proses sejatpeluhan dan kerpasan seterusnya dapat mempengaruhi imbangan air terutama
                  di kawasan bandar.
                                                                                                          49
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62