Page 72 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 72
Jenis Iklim Mengikut Zon
Terdapat jenis iklim yang berbeza-beza dalam setiap zon iklim dunia. Setiap jenis iklim mempunyai
ciri-ciri yang berbeza.
Zon Panas
Terdapat empat jenis iklim di kawasan zon panas iaitu iklim Khatulistiwa, iklim Monsun Tropika,
iklim Savana, dan iklim Gurun Panas.
Jenis iklim: Khatulistiwa
Latitud: Antara 0° hingga 10°U,
0° hingga 10°S
Kawasan: Lembangan Amazon (Brazil)
dan Ecuador di Amerika
Selatan, Lembangan Congo
di Afrika dan sebahagian
Asia Tenggara
Jenis iklim: Savana Garisan Sartan Lautan
Latitud: Antara 10°U hingga 30°U, Atlantik
10°S hingga 30°S
Kawasan: Pedalaman benua Garisan Khatulistiwa
di Afrika Timur, Afrika Tengah Lautan Pasi k
dan Sudan di Afrika, Australia
Utara, Dataran Tengah Brazil Garisan Jadi
Jenis iklim: Monsun Tropika
Latitud: Antara 10°U hingga 30°U, Lautan Selatan
10°S hingga 30°S
Kawasan: India, Pakistan, Bangladesh,
Thailand Utara, Myanmar,
Vietnam, Laos dan Kemboja
Peta 4.2: Taburan iklim bagi zon panas
dan zon panas sederhana
Jenis iklim: Gurun Panas
Latitud: Antara 20°U hingga 30°U, 20°S hingga 30°S
Kawasan: Gurun Sahara (Utara Afrika), Gurun Arab, Gurun Thar,
Gurun Mojave, Gurun Kalahari dan Gurun Besar Australia
64
64

