Page 75 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 75

BAB 4 : Cuaca dan Iklim serta Pengaruhnya

                    4.2       Perbandingan Ciri Iklim Khatulistiwa dan Ciri Iklim Sejuk

                              Sederhana Pantai Barat


                 Iklim Khatulistiwa terletak dalam zon iklim panas, manakala iklim Sejuk Sederhana Pantai Barat
                 terletak dalam zon iklim sejuk sederhana. Kedua-dua iklim ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza.
                                                                                                        U
                                                           Lautan Artik


                                                                                                         o
                                                                                                   66 ½   U



               Garisan Sartan               Lautan                                                 23 ½   U
                                                                                                         o
                                            Atlantik                                  Lautan Pasi k

               Garisan Khatulistiwa                                                                     0   o

                          Lautan Pasi k                              Lautan Hindi
                                                                                                         o
               Garisan Jadi                                                                        23 ½   S
                Petunjuk
                    Iklim Khatulistiwa          Lautan Selatan
                    Iklim Sejuk Sederhana
                    Pantai Barat

                                   Peta 4.4: Kawasan iklim Khatulistiwa dan Sejuk Sederhana Pantai Barat
                 Lokasi dan Kawasan
                           Iklim Khatulistiwa                   Iklim Sejuk Sederhana Pantai Barat

                 • Terletak antara 10˚U hingga 10˚S.       • Terletak di pantai barat benua, antara latitud
                 • Meliputi negara-negara Asia Tenggara     45°U dan 65°U, 45°S dan 65°S.
                  (Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam,   • Meliputi kawasan barat laut Eropah terutamanya
                  Indonesia, Filipina serta selatan  ailand,   Kepulauan British, Pedalaman Eropah Barat,

                  Lembangan Amazon di Amerika Selatan       British Columbia di Amerika Utara, Chile Selatan
                  dan Lembagan Congo di Afrika.             di Amerika Selatan, Tasmania di Australia
                 • Panas dan lembap sepanjang tahun.          dan Pulau Selatan New Zealand.
                                                           • Mengalami empat musim yang nyata.
                       Info
                       Info
                      Geogra

                   Greenland
                   “Matahari tengah malam” adalah satu fenomena unik dapat dilihat berlaku di beberapa negara Hemisfera Utara
                   seperti Greenland dan Norway. Matahari sentiasa berada di ufuk dari 25 Mei hingga 25 Julai. Pada masa ini,
                   matahari di kawasan ini tidak pernah terbenam.
                   (Sumber: www.infoseek,19 November 2020)
                   Antartika ialah benua yang terdiri daripada tanah ais yang tandus di Kutub Selatan. Merupakan benua kelima
                   terbesar. Terdapat sedikit sahaja hidupan di benua ini. Kebanyakannya hidup di sepanjang pantai yang terdapat
                   tumbuh-tumbuhan yang tumbuh dalam persekitaran bersalji dan sejuk. Haiwan yang terdapat di sini,
                   antaranya ialah penguin, singa laut, anjing laut dan ikan paus.
                   (Sumber: Atlas Eksplorasi Geografi KBSM, 2011)
                                                                                                          67 67 67
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80