Page 76 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 76

Perbandingan Ciri-Ciri Iklim

               Iklim Khatulistiwa                            Iklim Sejuk Sederhana Pantai Barat


                 Suhu                                            Suhu

               • Tinggi dan sekata sepanjang tahun.          • Musim panas, sederhana panas, sekitar 17°C.
               • Purata suhu tahunan sekitar 27°C.           • Musim sejuk sederhana sejuk, sekitar 4°C.
               • Julat suhu tahunan kecil antara 1°C         • Suhu hampir sekata sepanjang tahun
                 hingga 2°C.                                   kerana faktor kelautan.
               • Julat suhu harian besar antara 5°C hingga 7°C.  • Julat suhu tahunan besar sekitar 13°C.

                 Angin                                         Angin

               (a)  Angin Monsun Timur Laut                  • Angin Baratan bertiup sepanjang tahun.
                                                             • Membawa hujan lebat pada musim panas
               • Bertiup dari bulan November hingga Mac.       dan musim luruh.
               • Berasal dari pedalaman benua Asia.
               • Bertiup merentasi Laut China Selatan          Hujan
                  dan membawa hujan lebat.
                                                             • Hujan turun sepanjang tahun dibawa
               (b)  Angin Monsun Barat Daya                    oleh angin Baratan.

               • Bertiup dari bulan Mei hingga September.    • Hujan maksimum turun pada musim panas
               • Berasal dari benua Australia.                 dan musim luruh.
               • Bertiup merentasi pulau Sumatera.           • Jumlah hujan tahunan sekitar 1 000 mm.
               • Bawa hujan sederhana lebat.
               (c)  Angin Sumatera
               • Angin kencang dikenali juga dengan nama
                angin skual.                                       Uji
               • Berasal dari pulau Sumatera.                      Minda
               • Bertiup semasa peralihan monsun pada         Jika beberapa tempat di Malaysia dilanda
                April dan Oktober.                            cuaca sejuk seperti di Eropah secara berterusan
               • Melanda Pantai Barat Semenanjung             selama beberapa minggu, apakah kesannya
                Malaysia (sepanjang pantai Selangor           terhadap penduduk Malaysia?
                hingga selatan Johor).
                Hujan

               • Hujan turun sepanjang tahun, sekitar 2 600 mm.
               • Taburan hujan tidak sekata atas faktor bentuk
                 muka bumi dan angin monsun.
               • Hujan maksimum masa peralihan monsun.
               • Terdapat dua jenis hujan, iaitu hujan perolakan
                 dan hujan bukit.









          68
          68
          68
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81