Page 82 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 82

Hujan Asid

               Hujan asid terjadi apabila gas-gas oksida seperti nitrogen oksida, sulfur oksida dan karbon
               monoksida yang dibebaskan oleh sektor perindustrian dan kenderaan bermotor bercampur
               dengan wap air dalam udara. Tindak balas gas-gas oksida dengan wap air tersebut membentuk
               asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Wap air yang bercampur dengan gas-gas oksida ini turun
               ke bumi sebagai hujan asid.

                                                             Punca

                                                             • Penggunaan bahan api fosil arang batu sebagai
                          Sulfur dioksida                      bahan bakar untuk janakuasa tenaga elektrik
                         Nitrogen oksida       bercampur       menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida (SO ).
                                               air hujan                                                 2
                                                             • Pembebasan asap kenderaan bermotor seperti gas
                                                               karbon monoksida (CO) di kawasan bandar turut
                                   hujan turun
                                   (mengandungi                mempengaruhi kejadian hujan asid.
                                    asid lemah)              • Penggunaan baja kimia dalam sektor pertanian
                                                               membebaskan gas nitrogen oksida (NO ).
                                                                                                  2
                                                             • Pelepasan asap daripada aktiviti pembakaran
                                                               terbuka membebaskan asap, gas karbon dioksida (CO )
                                                                                                          2
                                                               dan gas metana (CH ).
                                                                                 4
                                                             Kesan

                                                             • Struktur bangunan dan kenderaan berasaskan
                                                               besi akan berkarat serta melunturkan cat apabila
                                                               terdedah kepada hujan asid.
                asap kenderaan
                                                             • Aktiviti pertanian terjejas kerana tanah berasid
                                                               apabila air hujan meresap ke dalam tanah.
                                                             • Golongan berisiko seperti warga tua mudah
                                                    meresap
                                                    ke tanah   terdedah kepada penyakit kulit, gangguan
           hidupan akuatik                   mengalir ke sungai  pernafasan dan penyakit mata.
               terjejas                                      • Pencemaran air menyebabkan PH air berubah
                                                               dan menjejaskan hidupan akuatik.
                           Rajah 4.3: Hujan asid

                   Aktiviti 4.1

                Tajuk:   Persembahan multimedia tentang pengaruh kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim.
                Objektif: Menjelaskan dengan contoh pengaruh kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim.
                Alatan:   Komputer dan bahan rujukan berkaitan.
                Langkah-langkah:
                1.  Bahagikan murid kepada empat hingga lima orang dalam satu kumpulan.
                2.  Setiap kumpulan perlu mengumpulkan maklumat tentang dua kegiatan manusia yang
                  mempengaruhi cuaca dan iklim.
                3.  Setiap kumpulan perlu menyediakan satu persembahan multimedia mengikut kreativiti.
                4.  Bentangkan dapatan kajian anda dengan memaparkan maklumat tersebut di hadapan kelas.
                5.  Guru membuat penilaian.



          74 74
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87