Page 80 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 80

4.4        Pengaruh Kegiatan Manusia Terhadap Cuaca dan Iklim




               Dunia telah mengalami perubahan cuaca dan iklim sejak lebih daripada 100 tahun dahulu. Kegiatan
               manusia seperti pembalakan, perindustrian, pertanian dan perlombongan telah mempengaruhi
               perubahan cuaca dan iklim di seluruh dunia.

               Kesan Rumah Hijau                                Pancaran
                                                                 matahari                       Sesetengah haba
               Kesan rumah hijau ialah pemanasan               Karbon dioksida                  dipantulkan ke
               bumi yang berlaku apabila kepekatan             memerangkap                      angkasa
               gas-gas rumah hijau seperti karbon              kebanyakan haba
                                                               yang dipantulkan
               dioksida (CO ), karbon monoksida (CO)           ke atmosfera
                           2
               dan nitrogen dioksida (NO ) dalam                                    CH 4
                                        2
               atmosfera bumi meningkat dan                     CO 2                             N 2O
               menyekat haba daripada mudah          Lapisan                                            CFC
               terbebas. Kesan rumah hijau global   atmosfera
               berlaku apabila sinaran inframerah
               matahari yang memasuki ruang
               atmosfera bumi tidak terpantul
               secukupnya secara normal kerana      haba dipantulkan           Bumi
               diserap oleh gas-gas rumah hijau.    semula
                                                                      Rajah 4.1: Kesan rumah hijau
                              Punca
                              •  Berlaku pembakaran terbuka dan pembakaran hutan.
                              • Pelepasan asap daripada kenderaan dan kilang.
                              • Pembakaran bahan api fosil secara berlebihan.
                              • Pokok kurang disebabkan penerokaan hutan yang berlebihan.
                              • Penggunaan petrol berplumbum tinggi.

                              • Penggunaan klorofluorokarbon (CFC).

                Kesan         Kesan
               Rumah          •  Kenaikan aras air laut berlaku kerana pencairan ais
                Hijau            di kawasan Artik kesan daripada peningkatan suhu yang    boleh
                                menyebabkan banyak pulau kecil tenggelam.                 Penyembur racun serangga
                              •  Pengeluaran hasil pertanian terjejas kerana perubahan suhu mengganggu
                                pembentukan hujan.
                              •  Kemarau di kawasan tertentu dan perluasan kawasan gurun terjadi.
                              •  Menjejaskan ekosistem dalam rantaian makanan kerana tumbuh-tumbuhan
                                tertentu mati akibat perubahan cuaca.














          72                   Pembakaran hutan                       Pembebasan asap kilang
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85